Page 6 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 6

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK : DOSA-DOSA BESAR (MENGUMPAT DAN MEMFITNAH)

               1      SOALAN          Apakah maksud memfitnah?
                      JAWAPAN         Mengumpat ialah mengata atau menceritakan keburukan orang
                                      lain semasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan
                                      apabila dilakukan dihadapannya

               2      SOALAN          Jelaskan dua sebab berlaku perbuatan mengumpat dan memfitnah
                      JAWAPAN         Sebab berlaku perbuatan mengumpat dan memfitnah
                                         1.  Ingin melihat orang lain menderita
                                         2.  Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
                                         3.  Iri hati atau hasad dengki terhadap kelebihan orang lain
                                         4.  Suka bermegah dan merasa bangga dengan kelebihan pada diri
                                             sendiri

               3      SOALAN          Jelaskan dua cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah
                      JAWAPAN         Cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah
                                         1.  Redha dengan ketentuan Allah
                                         2.  Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
                                         3.  Sentiasa melakukan muhasabah diri
                                         4.  Selesaikan masalah berpandukan al Quran dan al-Sunnah
                                         5.  Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan

               4      SOALAN          Terangkan dua  kesan perbuatan mengumpat dan memfitnah kepada
                                      masyarakat.
                      JAWAPAN         Kesan perbuatan mengumpat dan memfitnah kepada masyarakat.
                                         1.  Berlaku permusuhan dan huru hara / kerana sifat tidak puas
                                             hati
                                         2.  Masyarakat  Islam  akan  sentiasa  mundur  /  akibat
                                             perbalahan yang timbul
                                         3.  Menghalang  perpaduan  dalam  masyarakat  /  kerana
                                             masyarakat Islam yang berpecah belah

               TAJUK : DOSA-DOSA BESAR (MINUM ARAK)

               1      SOALAN           Apakah maksud arak ?
                      JAWAPAN          Arak ialah minuman  yang memabukkan  /  yang diperbuat
                                       daripada perahan buah-buahan yang diperam.

               2      SOALAN          Jelaskan dua  akibat  meminum  arak  terhadap individu
                      JAWAPAN         Akibat  meminum  arak  terhadap individu
                                         1.  membazir harta / masa /  tenaga.
                                         2.  menjatuhkan maruah diri.
                                         3.  lalai daripada mengingati Allah /  menunaikan perintah Allah.








               6 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11