Page 17 - NOTA PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020 kertas 1
P. 17
MODUL MUDAH PI K1 2020
TAJUK : KORBAN
1 SOALAN Apakah maksud Korban
JAWAPAN Maksud Korban ialah
Menyembelih binatang ternakan al-an’am yang dilakukan pada hari
raya Aidiladha (Qurban) atau hari tasyrik (11, 12 dan 13 zulhijjah)
dengan tujuan beribadat kepada Allah s.w.t.
2 SOALAN Jelaskan hukum Korban
JAWAPAN Hukum Korban ialah
1. Sunat muakad (Sangat dituntut dalam Islam) bagi mereka
yang mampu
2. Wajib apabila bernazar
3 SOALAN Jelaskan dua Perkara sunat Korban
JAWAPAN Perkara sunat Korban ialah
1. Membaca Bismillah atau takbir
2. Selawat ke atas nabi Muhammad saw
3. Menghadap binatang arah kiblat
4. Memilih binatang yang gemuk
4 SOALAN Jelaskan waktu menyembelih Qurban
JAWAPAN Waktu menyembelih Qurban ialah
Bermula dari terbit matahari Hari raya aidiladha iaitu setelah
selesai Solat sunat hari raya Aidiladha Pada hari ke 10 zulhijjah hingga
terbenam matahari 13 zulhijjah
5 SOALAN Jelaskan dua Syarat sah Korban
JAWAPAN Syarat sah Korban ialah
1. Binatang yang sudah cukup umur
2. Disembelih dalam waktu korban
3. Disembelih oleh orang Islam
4. Binatang sihat dan tidak cacat
5. Diniatkan korban ketika disembelih
6. Binatang ternakan yang halal dimakan
6 SOALAN Jelaskan cara Pembahagian daging qurban
JAWAPAN Cara pembahagian daging qurban
1/3 daging disedekahkan kepada fakir miskin
1/3 daging untuk orang ramai
1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban
17 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K

