Page 18 - NOTA PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020 kertas 1
P. 18
MODUL MUDAH PI K1 2020
7 SOALAN Jelaskan dua Hikmah Korban
JAWAPAN Hikmah Korban ialah
1. Mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan
oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail
2. Memberi peluang kepada fakir miskin bersama-sama
menikmati daging korban
3. Menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah
TAJUK: AKIKAH
1 SOALAN Apakah maksud Akikah
JAWAPAN Maksud akikah ialah
Menyembelih binatang ternakan an’am yang dilakukan ketika
mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah SWT.
2 SOALAN Nyatakan hukum Akikah
JAWAPAN Hukum Akikah ialah
1. Sunat Muakkad
2. Wajib jika bernazar
3 SOALAN Jelaskan waktu melaksanakan Akikah
JAWAPAN Waktu melaksanakan Akikah ialah
1. Sunat- hanya sekali sahaja bagi seseorang/ sepanjang hayat
2. Afdal - dilakukan pada hari ke 7 kelahiran bayi
dilakukan mulai hari kelahiran nya sehingga baligh
4 SOALAN Jelaskan dua syarat sah akikah
JAWAPAN Syarat sah akikah ialah :
1. Berniat akikah ketika menyembelih
2. Menyembelih binatang ternakan yang halal
3. Menyembelih binatang yang tidak cacat
5 SOALAN Jelaskan dua perkara sunat akikah
JAWAPAN Perkara sunat akikah
1. Berdoa ketika hendak menyembelih
2. Daging dimasak manis dan dibuat jamuan
3. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang binatang aqiqah
6 SOALAN Jelaskan dua hikmah akikah
JAWAPAN Hikmah akikah ialah
1. Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t atas kurnian zuriat
2. Menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah
yang dikurniakan oleh Allah
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga bayi
dengan jiran dan masyarakat setempat
18 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K

