Page 17 - NOTA FULL PAI T5
P. 17

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
                       PRINSIP AM             APLIKASI

                       Mengutamakan usaha     •   Mengutamakan ilmu fardu ain berbanding dengan ilmu fardu
                       untuk menuntut ilmu        kifayah. Contohnya mengutamakan ilmu menunaikan solat yang
           Ilmu Dan    dan memahaminya            betul berbanding dengan ilmu lain.
           Pemikiran   berbanding dengan      •   Mengutamakan ilmu fardu kifayah yang menjadi keperluan
                       melaksanakan sesuatu       semasa dan pelengkap bagi umat Islam. Contohnya mengutamakan
                       amalan.                    mempelajari ilmu dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
                                              •   Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada
                                                  masyarakat berbanding dengan amalan yang kurang
                       Mengutamakan               bermanfaat mengikut keperluan dan situasi. Contohnya
                       amalan yang banyak         mengutamakan bersedekah berbanding dengan gotong-royong.
           Amalan      manfaat berbanding
                       dengan amalan yang     •   Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding dengan
                       kurang bermanfaat.         ibadat sunat yang berbentuk peribadi. Contohnya mengutamakan
                                                  program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan
                                                  memperbanyak amalan sunat untuk peribadi.

                                              •   Mengutamakan amalan fardu ain berbanding dengan fardu
                                                  kifayah. Contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib
                       Mengutamakan               sebelum bersedekah.
           Tuntutan    perkara pokok          •   Mengutamakan amalan fardu berbanding dengan amalan sunat.
           Syarak      berbanding dengan          Contohnya mengutamakan membantu ibu bapa berbanding iktikaf.
                       perkara cabang.        •   Menguasai aqidah berbanding dengan perkara syariat.
                                                  Contohnya mempelajari asas-asas aqidah Islam terlebih dahulu
                                                  sebelum memperhalus isu-isu fiqah.

           SPEKTRUM ILMU
           Perkara Pokok (Usul) : Perkara asas dalam    Perkara Cabang (Furu’) : Perincian kepada pelaksanaan
           Islam seperti keimanan kepada Allah SWT.     perkara pokok seperti hukum pelaksanaan solat berjemaah.

           KEPENTINGAN FIQH AL-AULAWIYAT TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT
           1.  Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.
           2.  Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.
           3.  Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat.
           4.  Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan kehidupan.
           5.  Menyeimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat.
           6.  Mewujudkan masyarakat yang berjaya menguruskan sistem kehidupan yang cekap.

           PENGAJARAN AYAT
           Sebagai umat Islam
               1.  Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kerana keimanan
                  ialah kunci penerimaan segala ibadat.
               2.  Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta supaya kita mendapat
                  ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
               3.  Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik supaya menjadi insan yang produktif.
               4.  Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu akan diberi
                  ganjaran pada hari akhirat.

           SOALAN KBAT

           KAJIAN MASA DEPAN
           Ramalkan apa yang akan berlaku jika
               1.  Umat Islam tidak mempelajari ilmu fardu kifayah.
               2.  Umat Islam tidak menceburi bidang pembuatan makanan.

           Berdasarkan penyataan di bawah, huraikan pendapat anda berdasarkan Fiqh al-Aulawiyat.
               1.  Terdapat sebilangan remaja mengutamakan rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka.
               2.  Umat Islam mengutamakan solat sunat Rawatib daripada sedekah.






          USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM                                                    Halaman 16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22