Page 20 - NOTA FULL PAI T5
P. 20

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
           TANGGUNGJAWAB ANAK                                                              RUJUKAN
           •   Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.
           •   Sentiasa mendoakan mereka.
           •   Sentiasa membantu mereka dengan sebaik-baiknya.
           •   Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa dan menyambung silaturrahim dengan
               rakan-rakan mereka.

           SPEKTRUM ILMU
                                 1.  Mengesakan Allah SWT.                      5.  Dirikan solat.
           Antara nasihat
           Luqman al-Hakim       2.  Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.    6.  Laksanakan amar makruf dan
                                 3.  Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan
                                                                                   nahi mungkar.
           kepada anaknya
                                     menghargai kedua-dua ibu bapa.
                                                                                7.  Bersabar atas segala maksiat.
           dalam surah Luqman    4.  Setiap perbuatan (baik atau jahat) akan diberi  8.  Menjauhi sikap sombong.
           ayat 12-19 :
                                     balasan oleh Allah SWT.                    9.  Elokkan percakapan.

           PENGAJARAN HADIS
           Sebagai umat Islam
           1.  Kita hendaklah menyedari bahawa setiap individu berperanan sebagai pemimpin yang akan
               dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
           2.  Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dengan adil dan amanah.
           3.  Kita hendaklah memelihara dan melindungi anggota keluarga agar selamat di dunia dan di akhirat.
           4.  Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga dan rumahtangga agar kekal harmoni.
           5.  Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati.
           6.  Kita hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka hidup atau setelah meninggal dunia kerana
               jasa mereka tidak terbalas.
           7.  Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kepimpinan kerana baginda ialah
               contoh ikutan terbaik.

           SOALAN KBAT
           Islam mewajibkan anak-anak supaya berbakti kepada ibu bapa.
           Huraikan pendapat anda tentang kewajipan tersebut.































          USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM                                                    Halaman 19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25