Page 26 - NOTA FULL PAI T5
P. 26

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
           ALIRAN         SEJARAH             PRINSIP UTAMA
                                              •   AL-TAUHID : Menafikan sifat maani pada zat Allah SWT.
                          Kumpulan yang       •   AL-ADLU : meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas
                          diasaskan oleh          perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah.
                          WASIL BIN ATA’      •   AL-WA’DU WAL WA’ID : Meyakini bahawa Allah SWT wajib memberikan
                          setelah berlaku         balasan baik kepada orang yang taat dan ancaman azab kepada orang
                          perbezaan pendapat      yang melakukan maksiat.
           MUKTAZILAH
                          antara beliau dengan   •   AL-MANZILAH BAINAL MANZILATAIN : Meyakini bahawa pelaku dosa
                          guru beliau Hasan al-   besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan
                          Basri tentang           mereka kekal di dalam neraka.
                          kedudukan pelaku    •   AL-AMRU BILMAKRUF WANNAHYU ANIL MUNGKAR : Meyakini bahawa
                          dosa besar.             menyeru kebaikan dan mencegah keburukan adalah WAJIB ditegakkan
                                                  dalam apa keadaan sekalipun.

           AMALAN                                                                  Info berkaitan dengan
           Doa yang boleh dilazimi agar dikurniakan kefahaman Islam yang benar dan dilindungi   MUKTAZILAH :
           daripada aliran yang menyeleweng :
                                            َ
                                                     ۡ
                           ۡ
                   ُ َ َ ۡ  َ ُ ۡ َ  ً  َ َ  َ  ۡ  َ َ ُ َ َ   َ ُ ۡ َ ًّ َ ه َ  ۡ  َ  َ  ه ُ  ه
                                                  ِ
                      هبانِتجا انقزراو  لَِطاب لِطالۡا انرأو هعابتا انقزراو اقح قلۡا انرأ مهللٱ
                                                                   ِ
                                           ِ
           Maksud : Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan
           rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan

           itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya.

           PANDANGAN AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH DAN ALIRAN YANG BERTENTANGAN
           DENGANNYA TENTANG BEBERAPA ISU

           ISU          ASWJ                                       ALIRAN YANG LAIN
           Adakah       Meyakini bahawa al-Quran merupakan kalam   MUKTAZILAH : Mengatakan bahawa al-Quran
           al-Quran     Allah SWT yang bersifat QADIM (sedia ada)   adalah makhluk yang bersifat HADIS (baharu).
           Makhluk?
                                                                   MUKTAZILAH : Mengatakan bahawa adalah
           Melihat      Meyakini bahawa semua orang beriman dapat   mustahil makhluk boleh melihat Allah SWT
           Allah SWT    melihat Allah SWT pada hari akhirat kelak.
                                                                   kerana Allah tidak menyerupai makhluk.
                                                                   KHAWARIJ : Pelaku dosa besar dianggap kafir.
           Pelaku       Pelaku dosa besar tetap DIKIRA SEBAGAI
           Dosa         MUKMIN bukan kafir dan dihukum fasik jika   MUKTAZILAH : Pelaku dosa besar berada
                                                                   pada satu kedudukan antara mukmin dengan
           Besar        tidak bertaubat.
                                                                   kafir dan mereka kekal di dalam neraka.
                        Meyakini bahawa setiap perkara baik dan
                        buruk datang daripada Allah SWT dan Allah   MUKTAZILAH : Meyakini bahawa setiap
           Qadak dan    SWT mengurniakan manusia akal untuk        perkara baik dan buruk datangnya daripada
           Qadar
                        berfikir dan berikhtiar untuk memilih antara   manusia semata-mata.
                        baik dan buruk.
                                                                   KHAWARIJ DAN MUKTAZILAH : Iman tidak
                        Mempercayai bahawa iman boleh bertambah
           Kedudukan    dan berkurang bergantung pada amal soleh   boleh bertambah dan berkurang. Iman ada
           Iman                                                    apabila melakukan kebaikan dan iman hilang
                        dan maksiat yang dilakukan.
                                                                   apabila melakukan kemungkaran.

           KEPENTINGAN AQIDAH                                              CARA MEMELIHARA AQIDAH
           AHLI AS-SUNNAH WALJAMAAH                                       •   Mempelajari asas aqidah
           1.  Mendapat keredhaan Allah SWT.                                  berdasarkan kitab Ahli as-Sunnah
           2.  Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan.                        Waljamaah.
           3.  Memelihara kesucian agama Islam.                           •   Mendalami ilmu agama daripada
           4.  Menjamin keamanan negara.                                      guru yang diiktiraf keilmuannya
           5.  Mengelak umat Islam daripada berjinak dengan ajaran sesat.     dalam bidang aqidah.
           6.  Membersihkan aqidah daripada sebarang bentuk kekeliruan.   •   Membina ketahanan akidah dengan
           7.  Menghindarkan umat Islam daripada fahaman yang                 memperbanyakkan doa.
              melampau.                                                   •   Menjauhi pengamal ajaran sesat.

           SOALAN KBAT
           Sehingga tahun 2014 kesemua 14 buah negeri di Malaysia telah memfatwakan pengharaman ajaran
           Syiah. Namun aliran dan fahamannya masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.
           Ramalkan kesan kepada masyarakat akan datang jika umat Islam tidak peka dengan penyataan di atas?


          USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM                                                    Halaman 25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31