Page 30 - NOTA FULL PAI T5
P. 30
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
PELAJARAN 12 : PERKAHWINAN
UNIT 1 : PERKAHWINAN
MAKSUD PERKAHWINAN
Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.
DALIL GALAKAN BERKAHWIN
1. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 32 : َ َ
ْ ۡ
ٓ
ۡ ُ
َ َ
َ ۡ ُ
ۡ ُ
ۡ
ه
َ
َ
ُ
َ
همكئاموَإِ مكدابِع نِم يِحِلصلٱ و مكنِم ميلۡٱ اوحِكنأو َ
ِ
ِ
Maksud : Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada
hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan.
2. Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
َ
َ
ۡ
َ
َ
َ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ َ ۡ ُّ َ ُ ه َ ۡ ه َ َ ۡ َ َ َ َ ُ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ه َ ۡ َ َ
ِ
ِ
ِجرفلل نصحأو صُبلل ضغأ هنإف ، جوتَيلف ةءالۡا مكنِم عاطتسا نم بابشلا شۡعم اي
ِ
ِ
ِ
ِ
َ
َ
َ َ
(riwayat Abu Daud) ٌ َ ِ ُ ُ ه َ ِ ۡ ه ِ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ۡ ۡ َ َ
ءاجو لَ هنإف ِموصلاب ِهيلعف عِطتسي مل نمو
Maksud : Wahai pemuda! Sesiapa yang berkemampuan dalam kalangan kamu menyediakan belanja
kahwin, maka hendaklah berkahwin kerana berkahwin itu dapat menutup pandangan (daripada melihat
maksiat) dan memelihara kemaluan (daripada melakukan zina). Sesiapa yang tidak mampu, maka
hendaklah berpuasa. Sesungguhnya puasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu.
HUKUM BERKAHWIN
HARUS Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin.
SUNAT Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin.
Bimbang akan terjerumus ke dalam kemaksiatan sekiranya tidak berkahwin dan mampu untuk
WAJIB
memberi nafkah zahir dan batin.
Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk pasangannya
MAKRUH
seperti menghidap mati pucuk atau berpenyakit.
HARAM Bertujuan untuk menzalimi atau memudaratkan pasangannya.
HIKMAH PERKAHWINAN
1. Memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia.
2. Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial yang boleh mencemarkan maruah.
3. Memelihara keturunan yang baik untuk generasi akan datang.
4. Mewujudkan ketenangan jiwa melalui hubungan cinta yang halal.
5. Menghindari perbuatan seks secara bebas yang boleh membawa jangkitan penyakit.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 29

