Page 3 - smktss2021
P. 3
KATA ALU-ALUAN
Pengetua
SMK Tmn Seri Saujana
Kota Tinggi, Johor
______________________________________________________________________________________
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku,
Alhamdulillah, dan syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan
serta dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul lagi untuk sesi persekolahan 2021 bagi meneruskan tanggungjawab
yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik di SMK Tmn Seri Saujana.
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan
Sekolah SMK Tmn Seri Saujana kerana telah berjaya menghasilkan Buku Maklumat Pengurusan Sekolah 2021.
Buku Maklumat Pengurusan Sekolah ini mengandungi maklumat asas berkaitan pengurusan sekolah serta agihan
tugas bagi empat bidang utama dalam menguruskan sekolah iaitu Pentadbiran dan Pembangunan, Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Begitu juga dengan pengurusan Pendidikan Khas. Diharap Buku Maklumat
Pengurusan Sekolah ini dapat dijadikan rujukan dan garis panduan kepada guru-guru untuk mengetahui senarai
tugas dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan berkesan. Insya-Allah.
Rakan-rakan guru sekalian, sebagai pendidik sudah tentu kita mahu lahirkan modal insan yang
mempunyai minda kelas pertama hasil didikan kita. Adakah hasrat kita akan tercapai? Insya-Allah tapi yang lebih
penting adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita dengan sempurna dan ikhlas? Untuk melahiran modal
insan yang cemerlang, kita sendiri perlu berubah dahulu untuk menjadi guru yang berkualiti agar dapat memberi
sumbangan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Jadi jangan takut untuk melakukan
inovasi dan perubahan selaras dengan pengajaran abad ke 21. Seperti apa yang Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia nyatakan “Kejayaaan PPPM tidak akan berlaku sehingga perubahan berlaku di bilik darjah”
Justeru itu, tahun 2021 sekali lagi saya mengharapkan semua warga pendidik sekolah ini akan dapat
berpadu tenaga untuk terus cemerlang dalam tugas masing-masing. Setiap warga sekolah adalah diharapkan
akan dapat memahami sepenuhnya tentang lima aspirasi sistem, 6 aspirasi murid serta 11 anjakan seperti yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Selaras dengan hala tuju Jabatan Pendidikan Johor
iaitu Pendidikan Holistik. Mengoptimumkan Potensi, memaksimumkan keberhasilan.
Akhir sekali, marilah kita semua memohon kepada Allah S.W.T. agar kita semua diberikan kesihatan ,
kekuatan , ketenangan dan kesejahteraan agar kita dapat berganding bahu dan memberi perkhidmatan sebaik
mungkin demi melahirkan modal insan cemerlang .
Sekian. Terima kasih.
“SAUJANA GEMILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
HJH ASIAH BINTI MOHD UZIR
Pengetua
SMK Taman Seri Saujana
Kota Tinggi, Johor.
3

