Page 4 - smktss2021
P. 4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SERI SAUJANA,
TMN SERI SAUJANA
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
Tel/Fax : 07-8822137/07-8822136
Emel : saujanakt@yahoo.com
________________________________________________________________
Ruj.kami : SMKTSS.600-1\1\2
jea8004@yahoo.com.my Tarikh : 14 JANUARI 2021
Semua Guru dan Kakitangan Sokongan,
SMK Tmn Seri Saujana
dan Selamat Sejahtera.
Tuan,
PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN
KAKITANGAN SOKONGAN, SESI PERSEKOLAHAN 2021
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita saya melantik tuan/puan sebagai guru khas dan ahli jawatankuasa dalam bidang tertentu, serta
menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan
Hal Ehwal Pelajar, Pengurusan Kokurikulum dan Pengurusan Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini bagi sesi
persekolahan 2021 seperti yang disenaraikan dalam Buku Maklumat Pengurusan Sekolah 2021 ini. Tugas
tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan
dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2021.
3. Tuan/puan hendaklah melaksanakan semua tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan spesifikasi tugas
yang ditetapkan dan mematuhi semua peraturan, prosedur dan sistem yang digunapakai berkaitan dengannya.
Sukacita juga diingatkan bahawa tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada tuan/puan adalah merupakan
tugas-tugas rasmi yang perlu diurus dengan efisyen untuk memastikan visi, misi dan objektif sekolah tercapai.
4. Saya percaya tuan/puan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan
kebolehan, keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan kecemerlangan
sekolah kita bersama.
Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
’SEKOLAHKU GEMILANG’
Saya yang menjalankan amanah,
(HJH ASIAH BINTI MOHD UZIR)
Pengetua
SMK Taman Seri Saujana,
Kota Tinggi, Johor.
4

