Page 227 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 227

Bab 8  Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul

                      Bagaimanakah anda membandingkan dan mentafsir dua set data berdasarkan
                      plot titik?
                      Melalui plot titik, kita boleh membandingkan dan mentafsir bentuk, serakan titik, kekerapan serta
                      cerapan yang tertumpu di kiri atau di kanan bagi dua set data.


                        Contoh     2
                      Satu pertandingan kuiz Matematik dan kuiz Sains telah dijalankan di SMK Bestari bersempena
                      dengan  Minggu  Sains  dan  Matematik.  20  orang  murid  telah  mengambil  bahagian  dalam  kuiz
                      tersebut. Rajah di bawah menunjukkan dua set plot titik bagi skor yang diperoleh murid-murid ini.


















                                           8      9      10     11     12     13     14     15
                                                              Skor dalam kuiz Sains


















                                                                                                                     8
                                                  9     10      11     12     13     14      15
                                                             Skor dalam kuiz Matematik                               BAB

                      (a)  Data manakah yang menunjukkan serakan yang lebih besar? Berikan justifikasi anda.
                      (b)  Kuiz yang manakah mempunyai beza cerapan yang lebih tinggi?
                      (c)  Antara skor kuiz Sains dan skor kuiz Matematik, pencapaian yang manakah lebih baik?

                      Penyelesaian:
                      (a)  Serakan skor dalam kuiz Sains adalah lebih besar, kerana beza cerapan data adalah lebih besar.
                      (b)  Kuiz Sains mempunyai beza cerapan yang lebih tinggi, iaitu 7.
                      (c)   Skor kuiz Matematik lebih baik kerana kebanyakan cerapan tertumpu pada bahagian kanan
                          plot titik.



                                                                                                           217
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232