Page 14 - menservis penyaman udara
P. 14
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(3/4) Muka / Page :
4 Drp / Of 9
2. Fungsi dan Jenis Magnetic Clutch
i. Magnetic Clutch berfungsi mengawal kendalian pemampat atau sebaliknya.
ii. Pada masa yang tertentu. Kendalian kapi yang dilengkapkan pada pemampat kenderaan
menggunakan prinsip elektromagnet.
iii. Terdapat dua jenis pasangan kapi yang dipasangkan pada pemampat penyaman udara
kenderaan iaitu : -
a. Medan magnet pegun ( tidak berpusing bersama-sama kapi )
b. Medan magnet putar ( berpusing bersama-sama kapi )
3. Operasi compressor magnetic pegun/clutch
i. Magnetic clutch diletakan dibahagian badan pemampat dengan
menggunakan skru. Kaedah ini lebih baik jika dibandingkan dengan kaedah
medan magnet putar kerana ia dapat menggelakan banyak bahagian haus.
ii. Pully digabungkan kepada magnetic coil dengan menggunakan bearing dan gelang
sentap ( snap ring ). Pully disatukan dengan crank shaft dengan menggunakan bolt.
iii. Kabel hidup dari medan magnet disambung auto relay dan dari auto relay
disambungkan pula kepada suis larasuhu.Semasa tiada bekalan elektrik di medan
magnet, tiada daya magnet menarik clutch plate untuk melekat pada pully.
iv. Proses ini menyebabkan pully bebas berpusing bersama-sama dengan pusingan enjin
kereta dengan adanya tali sawat atau sabuk. Pemampat pada ketika ini tidak
berpusing kerana clutch plate tidak berpusing bersama-sama dengan pully.
v. Apabila suis larasuhu di‘ON’ arus elektrik dibekalkan kepada magnetic coil dan
elektromagnet akan terhasil. Clutch plate dengan pully dan shaft akan berpusing
bersama-sama dengan piston.
4. Binaan magnetic clutch
i. Kedua-dua gegelung medan magnet memerlukan perhatian yang teliti : -
a. Jarak antara medan magnet dengan kapi.
- Kapi perlulah diletakan seberapa hampir dengan gegelung medan
magnet untuk memudahkan pengaliran fluks magnet.
b. Jarak antara angker dengan kapi.
- Jika jarak antara kapi dengan angker terlalu rapat, kapi akan menyeret
angker semasa gegelung medan magnet tidak berfungsi.

