Page 17 - menservis penyaman udara
P. 17

NO. KOD  / CODE NO.              TP-300-2:2013-C20/P(3/4)                Muka / Page :
                                                                                          7 Drp / Of  9

              KONDENSOR PEMELUWAP.

                i.   Adalah alat untuk menyingkirkan haba wap bahan pendingin yang diserap di penyejat.
                     Ianya menggunakan jenis condenser bersirip perolakan pendingin udara kereta.  Wap
                     bahan pendingin R-134a dari pemampat akan mengalir melalui hos tekanan tinggi ke

                     condenser.
                ii.   Wap  ini  akan  masuk  melalui  bahagian  atas  condenser  dan  memasuki  gelung

                     condenser.  Wap  ini  akan  disejukan  dengan  perolakan  daya  penyejukan  udara  dan
                     bahan bertukar bentuk menjadi cecair.
                iii.   Cecair  bahan  pendingin  yang  berada  dibahagian  bawah  condenser  disebut  cecair

                     bahan pendingin bertekanan tinggi.  Cecair bahan pendingin bertekanan tinggi ini akan
                     mengalir masuk ke drier.
               iv.   Condenser  biasanya  ditempatkan  dibahagian  hadapan  penyinar.    Ini  adalah  supaya

                     penyingkiran haba berlaku dengan   lebih  berkesan.  Gambarajah  19.03  menunjukkan
                     sebuah condensor.









                                                    Gambarajah condenser


                v.   Condenser  dipasang  dihadapan  kenderaan  untuk  memberi  lebih  kecekapan  proses

                     pembuangan  haba  secara  paksa  oleh  udara  dari  kipas  dan  udara  yang  dihembus
                     semasa kenderaan bergerak.  Lebih banyak haba yang dibuang oleh condenser, lebih
                     pantas lagi proses penyerapan haba berlaku di evaporetor.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22