Page 5 - menservis penyaman udara
P. 5
NO. KOD / CODE NO. TP-300-2:2013-C20/P(1/4) Muka Surat / Page :
5 Drp / Of 6
1. Kesan kebocoran menggunakan air sabun
• Letakkan buih sabun pada semua sambungan atau pada tempat-tempat disyaki bocor.
• Perhatikan dengan teliti keadaan buih sabun tersebut akan membesar, menandakan
terdapat kebocoran
a. Kesan kebocoran menggunakan sumpitan api halida
• Nyalakan sumpitan api tersebut dan halakan kepada setiap persambungan atau tempat
yang disyaki bocor.
• Nyalaan api akan bertukar warna dari warna jernih ke warna hijau muda jika kebocoran
kecil.
• Warna akan menjadi unggu jika kebocoran besar
b. Kesan dengan menggunakan pengesan elektronik
• Alat ini boleh digunakan semasa sistem sedang berfungsi.
• Halakan hujung muncung alat tersebut kepada semua persambungan atau tempat yang
disyaki bocor
• Pengesan akan mengeluarkan bunyi jika terdapat kebocoran.
Penggunaan alat pengesan kebocoran

