Page 8 - menservis penyaman udara
P. 8

NO. KOD  / CODE NO.            TP-300-2:2013-C20/P(2/4)             Muka Surat / Page :
                                                                                       2 Drp / Of  4

              TAJUK/ TITLE:

              MIKRO FILTER DAN RECEIVER-DRIER


              TUJUAN/ PURPOSE:
              Kertas penerangan ini bertujuan untuk  memberi kefahaman dan pengetahuan kepada murid
              tentang penapis mikro (micro filter) dan turas pengering (receiver drier).


              PENERANGAN/ INFORMATION :

              PENAPIS MIKRO (Micro Filter)



















                  1.  Penapis udara mikro untuk penyaman udara kenderaan, juga dikenali sebagai penapis
                     udara kabin adalah berbeza sama sekali dengan penapis udara untuk enjin.

                  2.  Penapis  udara  enjin  berfungsi  untuk  membersihkan  udara  untuk  enjin,  manakala
                     penapis  udara  mikro  penyaman  udara  kenderaan  berfungsi  bagi  keselesaan
                     penumpang.

                  3.  Penapis udara yang tersumbat akan menyebabkan kualiti pengudaraan yang merosot
                     didalam kenderaan.
                  4.  Udara tidak dapat melalui penapis mikro yang tersumbat.

                  5.  Selain dari memberikan pengudaraan yang baik untuk penumpang, penapis mikro juga
                     boleh meningkatkan jangka hayat peralatan elektrik seperti motor blower.

                  6.  Penapis mikro adalah mudah untuk ditemui.
                  7.  Kebiasaannya ianya boleh ditemui dibawah dashboard kenderaan.
                  8.   Penapis udara mikro hendaklah dibersihkan secara berkala.

                  9.  Penapis  udara  mikro  kebiasaannya  akan  ditukar  setiap  20000  km,  bergantung  pada
                     kondisi penapis udara mikro tersebut.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13