Page 22 - sejarah perkembangan bahasa melayu_Neat
P. 22
Memajukan bakat kesusasteraan
dalam bahasa Melayu
DBP telah giat menjalankan program dari masa ke masa
iaitu Minggu Penulis Remaja dengan tujuan bagi memupuk
bakat penulis muda. Program sebegini dilaksanakan untuk
melahirkan pewaris generasi ilmu kesusasteraan pada masa
depan. Dalam inisiatif mengukuhkan ilmu kesusasteraan
melalui sistem ejaan rumi ini, DBP juga menerapkan cara
penganugerahan bagi memberi galakan kepada para
sasterawan bagi menerokai bidang ini. Tidak dapat kita
nafikan bahawa kepentingan DBP adalah begitu penting
dalam memperkasakan lagi dunia bahasa sastera dalam
sistem ejaan rumi bahasa Melayu.

