Page 13 - 2020 课堂评估#01_YR5
P. 13
Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 3.3.3 5
Pada awal pagi, ayah telah menerima panggilan telefon daripada datuk di kampung. Datuk
memberitahu ayah bahawa nenek terjatuh semasa hendak pergi ke bilik air. Nenek tergelincir
kerana lantai bilik air basah dan licin.
Nenek tidak dapat bangun dan berjalan. Disebabkan datuk sudah tua dan tidak larat
untuk memapah nenek seorang diri, datuk pun meminta bantuan daripada jirannya. Jiran
datuk, iaitu Pak Cik Tan segera datang membantu datuk dengan menghantar nenek ke klinik
yang berdekatan.
Ayah berasa sangat risau. Oleh sebab itu, ayah mengambil keputusan untuk balik ke
kampung. Ayah memohon cuti di pejabatnya. Saya dan adik turut tidak hadir ke sekolah.
Selepas bersiap-siap, kami sekeluarga pun bertolak pulang ke kampung dengan menaiki
kereta ayah. Walaupun risau, ayah tetap memandu kereta dengan cermat agar kami selamat.
Apabila sampai di rumah datuk, kami segera masuk ke dalam rumah. Kami terlihat
kaki nenek berbalut dan tersandar di atas katil di biliknya. Kami bertanya khabar nenek.
Doktor mengatakan bahawa tulang kaki nenek meretak. Jadi, nenek perlu berehat dan tidak
boleh bergerak selama beberapa bulan.
Pada waktu tengah hari, ibu menyediakan makanan lalu menyuapkan nenek. Selepas
makan, saya memotong buah-buahan untuk dimakan oleh nenek sebagai pencuci mulut.
Adik pula memicit-micit badan nenek agar dia berasa selesa.
Apabila menjelang petang, kami pun meminta diri daripada datuk dan nenek untuk
pulang ke Kuala Lumpur. Kami tidak dapat bermalam untuk menemani datuk dan nenek
kerana ayah perlu menyiapkan tugasan di pejabatnya. Saya dan adik pula mesti balik ke
sekolah keesokan hari. Kami berjanji akan melawat datuk dan nenek lagi pada hujung
minggu yang akan datang.
1 Mengapakah datuk membuat panggilan telefon untuk ayah penulis?
A Datuk penulis terjatuh semasa hendak pergi ke bilik air.
B Nenek penulis terjatuh semasa hendak pergi ke bilik air.
C Datuk memanggil penulis sekeluarga pulang ke kampung dengan segera.
D Datuk hendak meminta bantuan ayah penulis untuk menghantar neneknya ke klinik.
2 Siapakah yang menghantar nenek penulis ke klinik?
A Ibu penulis
B Ayah penulis
C Jiran datuknya
D Datuknya seorang diri
Bahasa Malaysia 5A - #1
3/4
BM 5A # 1 (p1-4)LJY(f)3p.indd 3 24/12/2019 11:50 AM

