Page 3 - 2020 课堂评估#01_YR3
P. 3

Sesi  Cerita


         图 / 太空漫画
             Kura-kura yang                                   Pada suatu ketika, akibat musim



             Boleh Terbang                                    kemarau  yang panjang,  semua

                                                              tanaman di dalam hutan mati. Itik
                                                              mengajak kura-kura berpindah ke
                                                              sebuah kampung.
             Itik menyuruh kura-kura menggigit sebatang kayu kerana itik akan membawa
         kura-kura dengan kayu tersebut. Itik berpesan kepada kura-kura agar tidak sama
         sekali membuka mulutnya.
             Itik menerbangkan  kura-kura  merentasi hutan, sehingga  tiba di sebuah
         kampung.  Kura-kura  merasa  megah apabila  terdengar  suara budak-budak  riuh-
         rendah bersorak kehairanan.
             “Tengok! Kura-kura boleh terbang!”
             Oleh sebab terlalu  gembira,  kura-kura  terlupa  pesanan  itik lalu  membuka
         mulutnya. Kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu itu.
             Kura-kura jatuh terhempas ke tanah. Cangkerangnya retak dan kakinya cedera.
         Sejak peristiwa itu, seluruh cangkerang kura-kura kelihatan retak di seluruh badan.














                                                                          Kosa Kata
                                                                          1 kemarau 干涸的;干燥的
                                                                          2 merentasi (rentas) 横越
                                                                          3 megah 觉得自豪
                                                                          4 bersorak 呼喊;欢呼
                                                                          5 retak 多裂痕的















                                                                 Melukis    评估活动
                                                              Lukiskan binatang-binatang
                                                              yang mempunyai cangkerang.
   1   2   3   4   5   6   7   8