Page 43 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 43
LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TAMAN MELATI 2019
A. KURIKULUM
1. Program Kecemerlangan SPM dan PT3 2019
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 20,000.00 untuk pembiayaan kertas
A4 bagi Program Peningkatan Akademik Tingkatan 3 dan 5 seperti Program Gerak
Gempur, Teknik Menjawab Soalan dan Program Latih Tubi. Selain itu adalah bagi
menampung kos setiap program yang dijalankan sepanjang tahun.
2. Seminar Kecemerlangan SPM 2019
Seminar ini telah diadakan di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWKL pada 5
Oktober 2019. PIBG telah memberi sumbangan sebanyak RM200 bagi tujuan
menampung kos pengangkutan dan makan murid sepanjang berada di seminar
tersebut.
3. Majlis Anugerah Cemerlang 2019
Majlis ini bagi memberi pengiktirafan dan insentif kepada murid-murid dan guru-
guru yang berjaya meningkatkan prestasi panitia masing-masing. Pihak PIBG telah
membiayai perbelanjaan Majlis Anugerah Cemerlang berjumlah RM2894.00 bagi
pengurusan pembelian hadiah dan makanan.
4. Majlis Graduasi
Majlis ini diadakan pada 22 September 2019 di Hotel Seri Pacific KL dan telah
mendapat peruntukan berjumlah RM 2000.00 daripada PIBG.
5. Pembiayaan Peralatan Unit Peperiksaan SMKTM 2019.
PIBG telah membiayai kos tersebut dengan jumlah RM 2000.00
6. Program mencapai bintang.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 413.60 untuk pembiayaan fotostat
bahan untuk diedarkan kepada murid dalam kelas.
7. Honorarium Tenaga Pengajar Pendidikan Islam Dan Tasawwur Islam.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 2000.00 untuk pembiayaan kepada
tenaga pengajar.
8. Pembiayaan Fotostat Portfolio Tingkatan 4 & 5 Cord Abilities.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 675.00 untuk menampung kos
tersebut untuk kegunaan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA).
9. Bayaran Guru Ganti Bahasa Inggeris & Sains 2019.
PIBG telah membiayai kos tersebut dengan jumlah RM 1250.00
42 | M u k a s u r a t

