Page 47 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 47
LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TAMAN MELATI 2020
A. KURIKULUM
TIADA-
B. HAL EHWAL MURID
1. Program Pertandingan PPDa Peringkat Sekolah Dan Peringkat Negeri 2020.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 1,000.00 untuk pembiayaan penyertaan
sekolah dalam Pertandingan Pengurusan PPDa Cemerlang Peringkat Negeri.
2. Pertandingan Kehadiran Tertinggi 2020.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 1,000.00 untuk pembiayaan pertandingan
tersebut bagi menggalakan kehadiran murid ke sekolah terutama selepas fasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
3. Program Rimbunan Kasih (Gerobok Rezeki).
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 590.00 untuk pembiayaan kos
menyediakan sudut khas meletakkan makanan untuk dibekalkan kepada murid yang
memerlukan.
4. Majlis Program Ziarah Cakna.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 230.00 untuk pembiayaan kos majlis
tersebut.
5. Majlis Orientasi Murid Tingkatan 1/2020.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 360.00 untuk pembiayaan kos majlis
tersebut yang telah diadakan pada 27 Disember 2019.
6. Majlis Perlancaran Pemuafakatan KPM dan PDRM.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 202.00 untuk pembiayaan kos majlis
tersebut bagi tujuan menjalankan program jom ke sekolah yang diadakan pada 17
Februari 2020.
C. KOKURIKULUM
1. Pertandingan Bola Sepak B15, Pertandingan Catur, Dan Bola Keranjang
MSSWPKL.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 2000.00 untuk pembiayaan kos
tambang pengangkutan untuk pertandingan tersebut.
2. Yuran Kursus Kem Kepimpinan Kokurikulum 2020.
PIBG telah memperuntukkan sebanyak RM 3600.00 untuk pembiayaan kos
kursus tersebut yang telah diadakan di Desa Bagan Chalet, Sepang pada 21-22
Februari 2020
46 | M u k a s u r a t

