Page 21 -
P. 21
(TUAN HAJI KHAIRI BIN MOHD NOOR)
Tuan Hj. Khairi bin Mohd Noor mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke
MAPIBG kali ke-22. Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan PIBG sekolah yang memenangi
anugerah pengurusan PIBG terbaik kategori Bandar serta ucapan tahniah kepada YDP PIBG, Encik
Ibrahim bin Muda kerana telah dilantik menjadi penggerak Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
Beliau juga memaklumkan kepada hadirin tentang aktviti dan sumbangan PIBG kepada sekolah
sepanjang tahun 2018. Antaranya, sumbangan kerusi dan meja pada awal tahun 2018 dan 2019 iaitu
sebanyak 100 buah kerusi dan 100 buah meja serta sumbangan kepada pelajar dalam aktiviti peringkat
daerah dan negeri. PIBG juga turut menguruskan kerja-kerja menebang pokok di luar sekolah yang
menjadi rungutan penduduk setempat kerana pokok-pokok tersebut menjadi tempat berkumpul para
pelajar serta penambahbaikan surau untuk memberi kemudahan kepada warga sekolah terutamanya
pelajar. Kolam juga turut ditimbus untuk memudahkan laluan pelajar lelaki ke surau.
Tuan Pengetua juga turut menyatakan kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang telah dicapai
oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2018. Antaranya, seorang pelajar telah mendapat 10A dalam
peperiksaan PT3. Selain itu, penjenamaan semula PSS sekolah dengan menambahbaik bilik Dzalis TV,
menambah koleksi buku dan menamakan semula pusat sumber sekolah dengan mengadakan
pertandingan dalam kalangan pelajar. Manakala koperasi sekolah akan mengadakan siri lawatan ke
koperasi IMTIAZ dan koperasi Sek. Sultan Ahmad bagi mencari idea baru untuk memajukan koperasi
sekolah. Manakala dalam bidang kokurikulum pula, SMKDRI telah berjaya mendapat tempat kedua
dalam Kejohanan Sukan Olahraga peringkat daerah Kuala Terengganu dengan pungutan 9 emas yang
merupakan kejayaan terulung sepanjang sekolah ditubuhan sejak tahun 1996. Beliau turut menyatakan
harapan agar SMKDRI dapat mengatasi SMK Sultan Sulaiman dalam Kejohanan Olahraga pada tahun
akan datang. Selain itu SMKDRI juga telah berjaya meraih Naib Johan dalam perlawanan bola tampar
serta menjadi Johan dalam pertandingan Badminton peringkat daerah Kuala Terengganu.
Dari segi Sahsiah pula, pihak sekolah telah mengadakan program membaca Al-Quran pada waktu
perhimpunan pagi setiap hari serta solat berjemaah pada waktu Zohor. Manakala solat sunat dhuha
dan bacaan yasin diadakan pada setiap hari Khamis. Harapan pihak sekolah agar pelajar mendekatkan
diri dengan Allah dan terbuka pintu rezekinya. Selain itu, Kempen Saya Sejahtera, Katakan Tidak
Kepada Dadah, Katakan Tidak Kepada Buli dan Sifar Ponteng turut dilancarkan. Tuan pengetua turut
mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak untuk memakai topi keselamatan setiap kali
membawa motosikal ke sekolah.
Akhir sekali, Tuan Pengetua juga berharap agar dapat memperbesar kantin sekolah memandangkan
jumlah pelajar yang semakin ramai iaitu seramai 965 orang pelajar serta penambahbaikan makmal
komputer sekolah. Oleh itu, diharap pihak ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam semua
perkara demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.
20

