Page 22 -
P. 22
(TUAN HAJI IBRAHIM BIN MUDA)
Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis
dan mengalu-alukan kepada semua hadirin yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22
SMK Dato’ Razali Ismail. Beliau memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG ini. Beliau turut menghargai kehadiran kaum
ibu yang lebih ramai hadir mesyuarat ini. Beliau turut menekankan bahawa kecemerlangan
anak-anak adalah bermula dari rumah. Jadi, wajarlah sebagai ibubapa perlu menitikberatkan
sepanjang proses pembelajaran anak-anak di sekolah.
Di samping itu, beliau mengucapkan tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya be-
rada di tangga kedua dalam Kejohanan Olahraga MSSDKT. Menurut beliau, PIBG akan turut
memberi insentif kepada pelajar yang Berjaya mengharumkan nama sekolah dengan meng-
gondol pingat emas dalam acara temasya sukan itu. Beliau menyatakan cadangan untuk men-
gadakan satu program bersama-sama komuniti iaitu pertandingan wau bersama Majlis Pengu-
rusan Komuniti Kampung (MPKK) di sekitar sekolah. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan
silaturrahim di antara komuniti dengan warga sekolah.
Selain itu, beliau sangat berharap para ibubapa dan warga sekolah dapat memberi ca-
dangan yang membina demi peningkatan prestasi anak-anak, Beliau juga berhasrat untuk
menjemput semua pengerusi MPKK sekitar sekolah untuk berbincang tentang pembangunan
sekolah. Dalam masa yang sama bagi menunjukkan kecaknaan bersama terhadap anak-anak,
sesuai dengan ungkapan masyarakat dan sekolah berpisah tiada. Beliau juga akan terus be-
rusaha untuk berjumpa dengan badan-badan korporat untuk mengumpul dan memantapkan
dana serta sumber kewangan bagi peningkatan pembangunan sekolah.
Tuan Haji Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua dan warga
sekolah atas kejayaan yang dicapai oleh sekolah dalam bidang akademik mahupun kokuriku-
lum. Selaku YDP PIBG, beliau berharap semua ibubapa dan warga sekolah terus me-
nyumbang khidmat bakti dengan ikhlas terhadap sekolah.
21

