Page 28 -
P. 28
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 / 2019
SMK DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU
TARIKH : 09 MAC 2019 ( SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA, SMK DATO RAZALI ISMAIL ( DZALIS )
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab, Surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua ibu bapa /
penjaga dan guru yang hadir.
2.0 Kehadiran ahli PIBG
2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran ahli pada kali ini amat menggalakkan iaitu
seramai 230 orang. Beliau juga mengucapkan syabas kerana kehadiran kali ini adalah
melebihi kehadiran MAPIBG pada tahun lepas.
3.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 21
3.1 En. Muhammad b. Awang bertanya berkenaan jumlah sebenar kutipan sumbangan PIBG
pada setiap tahun. YM Pn. Syarifah Aznita Bt Tuan Kuning menerangkan bahawa kadar
jumlah pada setiap tahun adalah tidak sama kerana terdapat murid yang tidak member
sumbangan PIBG pada tahun semasa serta terdapat juga yang membayar pada tahun se-
terusnya iaitu hari keputusan peperiksaan keluar khususnya SPM.
3.2 Pn. Maizalider bt Mat Ali memohon pencerahan berkenaan mengapa kadar perbelanjaan
PIBG terhadap MAPIBG ( RM3972 )melebihi perbelanjaan bagi program-program sekolah
yang melibatkan murid ( RM3052 ). YM Pn. Syarifah Aznita Bt Tuan Kuning menjelaskan
bahawa segala program yang melibatkan murid telah mendapat peruntukan dari Unit
Hem, perbelanjaan dari PIBG adalah tambahan bagi melancarkan lagi program-program
berkenaan. Tuan Pengerusi turut menjelaskan bahawa perbelanjaan bagi MAPIBG pada
tahun 2019 banyak mendapat sumbangan daripada AJK PIBG.
3.3 En.Mohd. Razali b. Kamaruddin mencadangkan agar minit mesyuarat agung PIBG kali ke-
21/ 2018 diterima. Ustaz Mohd Rozali b. Mohd Thani menyokong cadangan tersebut.
4.0 Laporan kemajuan Aktiviti PIBG 2019
4.1 Cik Hjh. Dasimah Nawati bt Muda membentangkan laporan kemajuan aktiviti PIBG 2019
sebagaimana yang terdapat dalam buku laporan pada muka surat 31.
4.2 Ustaz Mohd Rozali b. Mohd Thani mencadangkan agar laporan kemajuan Aktiviti PIBG
2019 diterima. En. Mohd. Razali b. Kamaruddin menyokong cadangan tersebut.
27

