Page 29 -
P. 29
5.0 Membentang dan Menerima LaporanKewangan Berakhir 31 Disember 2018
5.1 YM Pn. Syarifah Aznita Bt Tuan Kuning selaku bendahari PIBG membentangkan laporan
kewangan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018 yang terdapat pada muka su-
rat 33 hingga 37. Beliau menyatakan terdapat ralat jumlah wang tunai aliran masuk dan
keluar berjumlah RM76,332.22 pada muka surat 34 sebenarnya berjumlah RM51,383.00
seperti mana lampiran yang telah diedarkan.
5.2 En. Md. Noor b. Md Salleh mencadangkan agar laporan Kewangan PIBG 2018 diterima.
Pn. Siti Zabedah bt. Md. Ali menyokong cadangan tersebut.
6.0 Membentang Usul / Cadangan
6.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa usul berkenaan ruang menunggu ibu bapa bagi
murid diperbanyakkan tidak dapat diterima kerana pihak sekolah telah menyediakan
ruang menunggu di dalam pagar sekolah sekitar pondok keselamatan.
6.2 Tuan Pengerusi juga menyatakan bahawa usul bagi membaikpulih tandas di surau akan
dilaksanakan secara berperingkt-peringkat kerana pada waktu ini memberi laluan kepada
tambak tanah di sebahagian kolam untuk memudahka murid lelaki ke surau.
6.3 En. Muhammad b. Awang mencadangkan kutipan sumbangan PIBG bagi semua tingkatan
dikekalkan sebagaimana yang terdapat dalam buku laporan PIBG pada muka surat 38.
En. Ahmad Daud b. Abdullah menyokong cadangan tersebut.
6.4 Tuan Pengerusi menyatakan bahawa usul seterusnya ialah memperbanyakkan kipas da-
lam Dewan Ibnu Sina akan dipertimbangkan dan pihak pibg akan membeli beberapa unit
kipas bagi memberi keselesaan khususnya para murid.
7.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018-2019
7.1 YDP membubarkan AJK PIBG Sesi 2018-2019 dan menyerahkan kepada ahli mesyuarat
membuat pelantikan ahli baharu.
28

