Page 22 - MAPIBG TAHUN 2020
P. 22

(TUAN HAJI IBRAHIM BIN MUDA)



                   Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis
             dan mengalu-alukan kepada semua hadirin yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22

             SMK  Dato’  Razali  Ismail.    Beliau memanjatkan kesyukuran kepada Allah  SWT kerana  dapat
             menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG ini.  Beliau turut menghargai kehadiran kaum
             ibu yang lebih ramai hadir mesyuarat ini.  Beliau turut menekankan  bahawa kecemerlangan
             anak-anak adalah  bermula  dari  rumah.  Jadi,  wajarlah  sebagai  ibubapa  perlu menitikberatkan
             sepanjang proses pembelajaran anak-anak di sekolah.


                   Di samping itu, beliau mengucapkan tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya be-
             rada di tangga kedua dalam Kejohanan Olahraga MSSDKT.  Menurut beliau, PIBG akan turut

             memberi  insentif  kepada  pelajar  yang  Berjaya  mengharumkan  nama  sekolah  dengan  meng-
             gondol pingat emas dalam acara temasya sukan itu.  Beliau menyatakan cadangan untuk men-
             gadakan satu program bersama-sama komuniti iaitu pertandingan wau bersama Majlis Pengu-
             rusan Komuniti Kampung (MPKK) di sekitar sekolah.  Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan
             silaturrahim di antara komuniti dengan warga sekolah.


                   Selain itu, beliau sangat berharap para ibubapa dan warga sekolah dapat memberi ca-
             dangan  yang  membina  demi  peningkatan  prestasi  anak-anak,    Beliau  juga  berhasrat  untuk

             menjemput  semua  pengerusi  MPKK  sekitar  sekolah  untuk berbincang  tentang pembangunan
             sekolah.  Dalam masa yang sama bagi menunjukkan kecaknaan bersama terhadap anak-anak,
             sesuai dengan ungkapan masyarakat dan sekolah berpisah tiada.  Beliau juga akan terus be-
             rusaha  untuk  berjumpa  dengan  badan-badan  korporat  untuk  mengumpul  dan  memantapkan
             dana serta sumber kewangan bagi peningkatan pembangunan sekolah.


                   Tuan Haji Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua dan warga
             sekolah atas kejayaan yang dicapai oleh sekolah dalam bidang akademik mahupun kokuriku-

             lum.    Selaku  YDP  PIBG,  beliau  berharap  semua  ibubapa  dan  warga  sekolah  terus  me-
             nyumbang khidmat bakti dengan ikhlas terhadap sekolah.














                                                           21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27