Page 23 - MAPIBG TAHUN 2020
P. 23
YANG BERBAHAGIA EN. MOHD ZUBIR BIN MOHAMAD
(PEGAWAI SERANTAU MENTERI PERTAHANAN)
Yang Berbahagia En. Mohd Zubir mengucapkan kata alu-aluan kepada semua hadirin yang hadir
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 SMK Dato’ Razali Ismail. Beliau juga mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ke MAPIBG kali ke-22 ini bagi mewakili YB Mulia
Senator Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah selaku Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi beliau, kejayaan sekolah yang dikecapi pada hari ini
merupakan kombinasi kerja keras para pelajar serta kegigihan dan kecekapan warga pendidik dengan
sokongan dan kecaknaan daripada ibu bapa dalam memenuhi aspirasi kerajaan
Yang Berbahagia En Mohd Zubir juga menyatakan bahawa sekolah merupakan tempat
perjuangan para pelajar mencapai akademik cemerlang serta menjadi platform ke arah sahsiah pelajar
yang mampu menjadi benteng kepada gejala negatif. Hal ini kerana kecemerlangan sesebuah negara
dilihat daripada wujudnya generasi muda pada hari ini. Selain itu, sekolah juga menjadi medan kepada
generasi muda untuk menjadi pemimpin serta waris kepada kepimpinan unggul. Oleh itu, asas
kemahiran, interpersonal, kemahiran komunikasi, kemahiran keusahawanan, kemahiran menyelesaikan
masalah adalah antara kemahiran yang perlu dikuasai sepanjang tempoh berada di alam persekolahan.
Beliau juga turut menyatakan 12 inisiatif baharu yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) iaitu setiap sekolah mempunyai Manual Nilai yang akan dibacakan di setiap
perhimpunan di samping memperkenalkan Pendidikan Sivik di sekolah. Masalah “mutual distrust” antara
guru dan ibu bapa juga diwujudkan serta mempopularkan kembali “Hero Teachers” untuk meningkatkan
pengiktirafan Profesion guru. Selain itu, telefon pintar akan dimanipulasi untuk tujuan pendidikan
manakala kanak-kanak yang tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah 2019. Setiap sekolah juga
perlu mewujudkan kawasan rehat guru dan “Speaker Corner” serta guru tidak dibebankan dengan kerja-
kerja pengkeranian. KPM juga tiada kompromi dalam belanjawan pendidikan di samping menyelaraskan
sektor pendidikan mesra oku serta menyelesaikan isu sekolah daif. Bantuan Khas Awal Persekolahan
(BKAP) sebanyak RM 328 juta telah diagihkan melibatkan 320 ribu pelajar yang keluarganya
berpendapatan kurang daripada RM 3000 bagi golongan B40 dalam meringankan beban ibu bapa.
Manakala Inisiatif sebanyak RM 369 juta telah diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah B40 bagi
meringankan beban rakyat sekaligus menjadi pendorong dan perangsang kepada para pelajar untuk
berusaha demi melonjakkan nama sekolah dengan usaha sama pihak kerajaan.
Beliau turut memohon semua pihak bekerjasama dan tidak terpengaruh dengan propaganda yang
memecahbelahkan rakyat serta isu-isu perkauman yang boleh menghancurkan negara. En. Zubir
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua dan YDP PIBG atas kejayaan yang dicapai
oleh SMKDRI dalam bidang akademik mahupun kokurikulum dan berharap semoga PIBG SMKDRI
sentiasa proaktif demi kecemerlangan warga SMKDRI.
22

