Page 13 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 13
4.1.3 Melukis Jenis-Jenis Garisan Asas Grafik
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas dalam lukisan
grafik. Garisan merupakan cantuman satu titik ke titik yang lain
dalam jarak yang tertentu. Ia merupakan satu elemen yang
paling ringkas dan sangat penting dalam aktiviti menulis,
melukis dan menggambar.
Apabila suatu titik digerakkan, ia akan menghasilkan
satu garisan. Begitu juga apabila dua titik dicantumkan,
maka satu garisan akan terbentuk. Oleh itu, garisan boleh menunjukkan
jarak, arah, bentuk dan kedudukan.
Terdapat pelbagai jenis garisan bergantung pada ketebalan sesuatu garisan itu.
Latihan mata dan tangan sangat penting dalam penghasilan garisan supaya ia
dapat dikawal ketebalannya dan memberikan makna yang sebenar.
Rajah 4.4: Garisan
dihasilkan dengan
4 menggunakan suatu 4 4
alat atau media bagi
MODUL permulaan kepada garisan MODUL MODUL
membina satu objek
bermula dari suatu titik
membentuk seterusnya
menjadi lakaran dengan
meliputi arah cahaya
dan jalinan.
Rajah 4.3: Garisan merupakan sambungan titik-titik atau apabila
suatu titik digerakkan.
Foto 4.16: Contoh garisan yang terdapat pada buatan manusia dan alam semula jadi.
123
12 3

