Page 8 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 8
Jangka Tolok atau Jangka Lukis
• Diperbuat daripada keluli atau plastik dan mempunyai sepasang kaki berjarum tajam.
• Fungsi jangka tolok digunakan untuk memindahkan ukuran dan menanda jarak yang sama dan
digunakan untuk membina garisan bulatan atau lengkuk.
4 4 Foto 4.7: Jangka tolok atau jangka lukis. 4
MODUL MODUL MODUL
Pensel
• Fungsi pensel digunakan adalah bagi membuat
lukisan awal. Pensel biasa digunakan untuk
membuat lakaran-lakaran awal sementara
pensel mekanikal digunakan bagi membuat
pelan dan lukisan teknikal.
Jenis pensel Fungsi
Paling lembut Membuat lukisan lakaran, untuk garis
• B hingga 3B tampak, garis keratan dan huruf-huruf tajuk,
memerlukan kawalan, senang dipadam dan
menghasilkan cetakan yang baik.
Paling keras Mata pensel yang keras seperti H hingga 3H digunakan untuk
• H hingga 3H melukis pelan dan garis asas lukisan teknikal kerana ia tidak mudah
kotor.
Sederhana Digunakan untuk garis binaan dan garis sembunyi dan tulisan, sukar
• B (lembut) dan dipadam jika tekanan terlalu kuat, sesuai untuk lukisan persembahan.
H (keras)
Paling keras Kurang sesuai untuk lukisan seni bina,
• 4H hingga 9H patut dielakkan penggunaannya kerana
garis kurang nyata, sukar dipadam, tidak
menghasilkan cetakan yang memuaskan.
Rajah 4.2: Jenis pensel dan fungsinya.
118

