Page 49 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 49

4.2      Mereka Bentuk Landskap




            Reka bentuk landskap adalah kaedah dan seni dalam mengubah dan menyusun atur elemen landskap
            lembut dan landskap kejur yang berasaskan prinsip reka bentuk. Ianya juga adalah seni dan sains dalam
            pemilihan dan menyusun atur elemen landskap yang bersesuaian seperti tumbuh-tumbuhan, struktur
            buatan manusia, elemen air, batu batan dan sebagainya untuk mewujudkan sesuatu ruang luaran yang
            mempunyai nilai estetik dan kondusif.
                                                                                              Titik tumpu
            4.2.1  Menyenaraikan Prinsip Reka
                    Bentuk Landskap

            Prinsip reka bentuk adalah panduan asas dalam
            reka bentuk landskap dalam menyusun dan
            mengolah elemen-elemen landskap untuk
            mewujudkan suatu komposisi ruang yang sesuai,
            menarik dan berfungsi. Penggunaan prinsip reka
            bentuk dapat digunakan satu atau lebih bagi
            menggabungkan elemen-elemen landskap dalam
            sesuatu kawasan.
            Terdapat beberapa prinsip reka bentuk
  4         landskap seperti:                                                                                         4   4
 MODUL        a)  Titik tumpu (Focal point)                                                                          MODUL  MODUL

                 Elemen landskap yang mempunyai
                  perbezaan yang ketara berbanding
                  persekitaran dalam sesuatu kawasan dan
                  memberi kesan daya penarik dengan adanya         Foto 4.22:   Elemen landskap kejur dengan tekstur yang
                  satu titik fokus yang kuat melalui ciri-ciri             unik dijadikan sebagai titik tumpu.
                  istimewa seperti warna, saiz, bentuk, tekstur
                  dan unik. Dapat diwujudkan seperti:                               Kod QR
               •  Saiz elemen yang besar berbanding yang lain.
               •  Warna yang lebih menyerlah.                                 Teknik lakaran konsep reka
                                                                              bentuk landskap.
               •  Tanaman yang mempunyai tekstur yang berbeza.                https://eravisi.com/LAN_tg4/
               •  Bentuk elemen landskap yang unik.                           ms159


                                                                        Titik tumpu




























                                        Foto 4.23:   Kolam pancuran air dijadikan sebagai titik tumpu.


                                                                                                             159
                                                                                                             1 59
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54