Page 52 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 52

e)  Kesatuan (Unity)
                 Keselarasan, keseragaman, konsistensi elemen landskap yang digunakan
                 dapat mewujudkan perpaduan yang berhubung kait antara satu sama
                 lain dalam mencipta keseluruhan dan harmoni dalam satu komposisi.
                 Menggunakan terlalu banyak elemen landskap secara individu akan
                 memberi kesan berserabut atau tidak harmoni. Ianya dapat dicapai melalui:
              •  Menggunakan tekstur
                    yang hampir sama.
              •  Menggunakan unsur
                      yang sama untuk
                      mencipta
                    keseragaman.
              •  Pengulangan bentuk
                    dan warna dalam
                    suatu kawasan.
              •  Penggunaan tema
                    dan konsep dalam
                                                                                            Foto 4.30:   Bentuk
                    suatu reka bentuk         Foto 4.29:   Penggunaan tekstur,  bentuk dan warna   berunsur bulat mencipta
                                                         dalam suatu kawasan.
                    landskap.                                                                 keseragaman.
       4                                                                                                                                                                                                                                     4
      MODUL    f)  Keringkasan (Simplicity)                                                                                                                                                                                                 MODUL

                 Keringkasan adalah reka bentuk yang menggunakan beberapa jenis elemen sahaja dalam bentuk
                 yang mudah dan ringkas tetapi tetap nampak menarik dan tidak bosan. Kesederhanaan juga
                 seperti pengurangan reka bentuk kepada bentuk yang paling mudah tetapi berfungsi dan tidak
                 memerlukan terlalu banyak variasi yang boleh menimbulkan kekeliruan.














































                       Foto 4.31:   Elemen yang digunakan dalam bentuk yang mudah dan tidak banyak tetapi menarik.


         162
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57