Page 24 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 24

6.2     PEMFLORIDAAN BEKALAN AIR AWAM

                        Pememantauan  pemfluoridaan  bekalan  air  di  daerah  Alor  Gajah  melibatkan

                        beberapa  buah  loji  di  sekitar  daerah.Antara  loji-loji  yang  terlibat  adalah  seperti

                        berikut:
                              i.  Loji Bertam

                             ii.  Loji DAF

                            iii.  Loji Gadek


                        Ketiga-tiga loji ini telah diselia dengan baik oleh pihak Syarikat Air Melaka Berhad
                        (SAMB) bagi memastikan kualiti air yang sampai kepada penduduk di sekitar Alor

                        Gajah  pada  tahap  tertinggi  dengan  menggunakan  teknologi  rawatan  air  yang
                        terbaik.Pelaksanaan  pemfluoridaan  bekalan  air  adalah  satu  kaedah  yang

                        digunakan.Paras  fluoride  yang  dimasukkan  ke  dalam  air  minuman  perlu  berada

                        diparas 0.4 – 0.6 ppm.
                              Setiap  minggu  anggota  pergigian  yang  terlatih  akan  mengambil  sampel  air

                        daripada  poin-poin  retikulasi  dan  juga  di  loji  yang  terlibat  bagi  menguji  tahap
                        fluorida  menggunakan  Poket  Colorimeterberjenama  HACH  yang  berfungsi  untuk

                        menganalisa bacaan fluorida secara spesifik.Prosedur yang dijalankan adalah secara
                        in-situ menggunakan air suling dan reagen fluorida.



                        Bacaan-bacaan  tersebut  akan  direkod  pada  setiap  minggu  dan  sekiranya  berlaku
                        pelanggaran bacaan paras fluorida,pihak loji akan dimaklumkan untuk  mengambil

                        tindakan. Sampel air kedua akan diambil pada minggu yang sama untuk memastikan

                        tindakan  telah  diambil  oleh  pihak  SAMB.Tahap  bacaan  kandungan  florida  dari
                        ketiga-tiga loji dapat dilihat di Jadual 18 di bawah.


               Jadual 18: Tahap Bacaan Kandungan Florida Dari Ketiga-Tiga Loji bagi Tahun
                2017-2019

                              Indikator               Sasaran       2017         2018         2019

                  Peratus Bacaan Retikulasi             25%
                  < 0.4ppm                                         19.7%          0%          0%

                  Peratus Bacaan Retikulasi
                  > 0.6ppm                               7%         1.5%          0%          0%



                                                                                                      20 |
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29