Page 25 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 25
6.3 AKTIVITI - AKTIVITI PROMOSI PERGIGIAN
Promosi Pergigian merupakan salah satu usaha Program Kesihatan Pergigian dalam
memperluaskan penyampaian informasi pergigian kepada masyarakat yang
melibatkan kerjasama dengan agensi luar untuk semua kumpulan sasaran.Aktiviti
yang dibuat adalah seperti ceramah,pameran, pemeriksaan gigi dan juga pertunjukan
boneka.
6.3.1 KEMBARA SIHAT 2019 – ZIARAH SENYUM
Kembara Sihat 2019telah berlangsung pada 1 April 2019 di Kompleks Penyayang
Lesung Batu, Alor Gajah. Seramai 43 orang anggota pergigian telah menyertai
kembara ini dan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti aktiviti berbalas
pantun, gubahan makanan sihat, ceramah pergigian, pameran pergigian dan membina
alat bantuan belajar menggunakan bahan terpakai.Program ini juga melibatkan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Gambar 1 : Aktiviti Program Kembara Sihat di Kompleks Penyayang Lesung Batu
21 |

