Page 3 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 3
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya kita diberi
kesempatan dan kesihatan yang baik dalam menggalas tanggungjawab dan amanah
sepanjang tahun 2019. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
wargakerja pergigian Daerah Alor Gajah yang telah melaksanakan tugas dengan
sempurna dan penuh dedikasi sepanjang tahun. Tidak dapat dinafikan tugas kita semua
sememangnya semakin mencabar dengan pembukaan fasiliti baru, perluasan skop kerja
dengan pelbagai kekangan, namun pelbagai situasi dan perubahan telah dapat kita
hadapi bersama.
Laporan Tahunan 2019 ini mengimbas kembali pencapaian dan aktiviti sepanjang
tahun dan merupakan cerminan aspirasi warga pergigian Alor Gajah dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Saya amat berbangga dengan komitmen
dan kerjasama padu yang diberikan serta kejayaan yang telah dicapai hasil titik peluh
dan lontaran idea dari semua warga anggota.
Akhir kalam, saya menyeru semua warga kesihatan pergigian Daerah Alor Gajah
bertekad dan bersama-sama meletakkan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Alor
Gajah ini sebagai sebuah perkhidmatan terbaik dan tersohor di Negeri Melaka. Jesteru,
sama-samalah kita menggembleng tenaga dan menjana idea dengan lebih kreatif dan
kritis ke arah memastikan perkhidmatan yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Dr Hasni Md. Zain
Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah
Alor Gajah
i |

