Page 4 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 4
1.0 PENGENALAN
1. PENGENALAN
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah (PKPDAG) diketuai oleh Pegawai
Pergigian Daerah, Alor Gajah di bawah naungan Bahagian Kesihatan Pergigian
Negeri Melaka.
Terdapat 10 buah klinik pergigian di daerah ini yang terdiri dari 5klinik pergigian
utama dan 5 klinik pergigian lawatan. Klinik pergigian utama adalah:
i. Klinik Pergigian Alor Gajah
ii. Klinik Pergigian Masjid Tanah
iii. Klinik Pergigian Durian Tunggal
iv. Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru
v. Klinik Pergigian Rembia (mula beroperasi pada bulan Ogos 2019)
Selain dari perkhidmatan pergigian primer, terdapat 2 bidang kepakaran yang turut
memberikan perkhidmatan pergigian di daerah Alor Gajah iaitu Kepakaran
Ortodontik di Klinik Pergigian Alor Gajah dan Kepakaran Periodontik di Klinik
Pergigian Rembia.
Lokasi klinik-klinik pergigian utama terletak di serata daerah Alor Gajah dengan jarak
lebih kurang 8 km antara setiap klinik. Dengan ini, pesakit mudah untuk mendapatkan
rawatan pergigian dan boleh memilih untuk ke klinik yang berdekatan.
1 |

