Page 39 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 39

10.   KESIMPULAN



               Pencapaian  keseluruhan  prestasi  pada  tahun  2019  didapati  menggalakkan.  Namun  begitu,
               masih  terdapat  banyak  ruang  untuk  penambahbaikan,  terutamanya  bagi  pencapaian  yang

               tidak  mencapai  sasaran.  Indikator-indikator  yang  tidak  dapat  dicapai  perlu  dianalisa  dari

               semasa ke semasa dan strategi ke arah pencapaiannya perlu ditambahbaik.
               Bagi  tahun  2019,  peluang  yang  diperolehibagi  PKPDAG  adalah  pertambahan  pegawai

               pergigian dan pembantu pembedahan pergigian kontrak secara mendadak. Sehubungan itu,

               pertambahan  dua  kategori  jawatan  memberi  ‘nafas  lega’  kepada  daerah  yang  kekurangan
               anggota.  Pertambahan  anggota  inisangat  membantu  terutama  di  dalam  aktivitipromosi

               pergigian,  Bilangan  aktiviti  promosi  boleh  dilaksanakan  dipelbagai  kumpulan  masyarakat
               dandilaksanakan  dengan  lebih  berkesan  untuk  meningkatkan  kesihatan  pergigian

               masyarakat.
               Diharapkan  juga  agar  semua  kakitangan  dapat  bersama-sama  untuk  bekerja  dengan  lebih

               efisyien serta mengharungi tahun 2020 dengan semangat kerja yang tinggi dalam mencapai

               misi dan visi.



                  “Kejayaan Tidak Datang Dari Kekuatan Fizikal, Tetapi Ianya Datang Dari Semangat

                                             Yang Tidak Pernah Mengalah”







               Disediakan oleh :


               Dr Dalia binti Harun
               Pegawai Pergigian PPYM

               Klinik Pergigian Rembia








                                                                                                      35 |
   34   35   36   37   38   39   40