Page 35 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 35
9.4 LAWATAN AHLI MESYUARAT JDPKP
Negeri Melaka juga telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat JDPKP Bil.3/2019
dari 9-11 Jun di Ayer Keroh. Pada hari terakhir, PKPDAG telah menerima kunjungan
dari ahli mesyuarat serta bekas Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian
Kesihatan Malaysia, Dr. Norliza Mohamed sebagai lawatan kerja terakhir beliau
sebelum bersara. Rombongan ini yang juga dihadiri oleh Pengarah Bahagian
Penjagaan Kesihatan Pergigian KKM bersama semua Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri (Pergigian) telah melawat Klinik Pergigian Alor Gajah dan Pejabat Kesihatan
Pergigian Daerah Alor Gajah. Dr. Norliza Mohamed telah berkhidmat sebagai
Pegawai Pergigian Daerah Alor Gajah selama 6 tahun dari bulan September 2005
hingga Januari 2011.
Gambar 11: Lawatan Ahli Mesyuarat JDPKP ke Klinik Pergigian Alor Gajah dan
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah
31 |

