Page 168 - KSN BM Final
P. 168

kepada pihak kerajaan dalam merencana polisi pembangunan negara,                                   PERSATUAN PERKHIDMATAN
            antaranya Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dibentangkan oleh
            Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Mei 2015 nanti. Saya                                     TADBIR & DIPLOMATIK
            mendoakan agar Jabatan Perangkaan  Malaysia dapat terus cemerlang
            dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua pengguna data. Saya                               TUNJANG PERKHIDMATAN AWAM
            juga amat berharap agar Pelan Transformasi Jabatan Perangkaan Malaysia
            2015-2020 dapat mencapai matlamatnya.                                                                     YANG LEBIH EFISIEN






                                                                                                           ebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), saya sangat
                                                                                                           gembira hari ini kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan PTD
                                                                                                       Suntuk bertanyakan khabar dan berkenalan dengan ahli-ahli semua.
                                                                                                       Saya berharap mesyuarat kita pada hari ini dapat dijadikan satu wadah
                                                                                                       bagi kita berinteraksi antara pegawai PTD. Di forum seperti inilah kita
                                                                                                       mempereratkan silaturrahim, berkongsi masalah dan penyelesaian, dan
                                                                                                       lebih penting daripada itu, berkongsi aspirasi dan harapan untuk PTD
                                                                                                       dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

                                                                                                       Menyusuri  sejarah,  PPTD telah  didaftarkan  pada  13  Januari 1950.
                                                                                                       Pada masa itu, pendaftaran telah dibuat atas nama Malaya Civil Service
                                                                                                       Association. Kini, usia PPTD telahpun menjangkau 65 tahun. PPTD terus
                                                                                                       bergerak  maju  dan progresif  sebagai  sebuah  persatuan  yang dinamik
                                                                                                       dan mantap. Kejayaan ini dicapai hasil daripada sumbangan tenaga dan
                                                                                                       pemikiran pemimpin-pemimpin masa lalu dan masa kini, di samping
                                                                                                       kerjasama erat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PPTD. Bonding ini wajar
                                                                                                       diperkukuh dan dihidup-suburkan.

                                                                                                       Semasa Majlis Program Wacana Kepimpinan Perdana: PPTD Bersama
                                                                                                       YAB Perdana Menteri pada 17 Disember 2014 yang lalu, kerajaan telah
                                                                                                       meluluskan tapak untuk pembangunan Rumah Kelab PPTD di Putrajaya.
                                                                                                       Tahniah  kepada Presiden  dan  barisan  kepimpinan  Exco  PPTD serta
                                                                                                       seluruh ahli PPTD. Saya berharap Rumah Kelab PPTD akan menjadi
                                                                                                       realiti dan beroperasi dalam tempoh lima tahun yang mendatang.

                                                                                                       Izinkan saya menyebut sedikit tentang agenda pembangunan negara
                                                                                                       yang menjadi bread and butter kepada pegawai PTD. Pada 21 Mei yang
                                                                                                       lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin
                                                                                                       Tun Haji Abdul Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11
                                                                                                       (RMKe-11) yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’.



            Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perangkaan Malaysia.
            2 April 2015, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

            158   Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                           159
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173