Page 169 - KSN BM Final
P. 169

kepada pihak kerajaan dalam merencana polisi pembangunan negara,   PERSATUAN PERKHIDMATAN
 antaranya Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dibentangkan oleh
 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Mei 2015 nanti. Saya   TADBIR & DIPLOMATIK
 mendoakan agar Jabatan Perangkaan  Malaysia dapat terus cemerlang
 dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua pengguna data. Saya   TUNJANG PERKHIDMATAN AWAM
 juga amat berharap agar Pelan Transformasi Jabatan Perangkaan Malaysia
 2015-2020 dapat mencapai matlamatnya.  YANG LEBIH EFISIEN






                   ebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), saya sangat
                   gembira hari ini kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan PTD
               Suntuk bertanyakan khabar dan berkenalan dengan ahli-ahli semua.
               Saya berharap mesyuarat kita pada hari ini dapat dijadikan satu wadah
               bagi kita berinteraksi antara pegawai PTD. Di forum seperti inilah kita
               mempereratkan silaturrahim, berkongsi masalah dan penyelesaian, dan
               lebih penting daripada itu, berkongsi aspirasi dan harapan untuk PTD
               dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

               Menyusuri  sejarah,  PPTD telah  didaftarkan  pada  13  Januari 1950.
               Pada masa itu, pendaftaran telah dibuat atas nama Malaya Civil Service
               Association. Kini, usia PPTD telahpun menjangkau 65 tahun. PPTD terus
               bergerak  maju  dan progresif  sebagai  sebuah  persatuan  yang dinamik
               dan mantap. Kejayaan ini dicapai hasil daripada sumbangan tenaga dan
               pemikiran pemimpin-pemimpin masa lalu dan masa kini, di samping
               kerjasama erat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PPTD. Bonding ini wajar
               diperkukuh dan dihidup-suburkan.

               Semasa Majlis Program Wacana Kepimpinan Perdana: PPTD Bersama
               YAB Perdana Menteri pada 17 Disember 2014 yang lalu, kerajaan telah
               meluluskan tapak untuk pembangunan Rumah Kelab PPTD di Putrajaya.
               Tahniah  kepada Presiden  dan  barisan  kepimpinan  Exco  PPTD serta
               seluruh ahli PPTD. Saya berharap Rumah Kelab PPTD akan menjadi
               realiti dan beroperasi dalam tempoh lima tahun yang mendatang.

               Izinkan saya menyebut sedikit tentang agenda pembangunan negara
               yang menjadi bread and butter kepada pegawai PTD. Pada 21 Mei yang
               lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin
               Tun Haji Abdul Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11
               (RMKe-11) yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’.



 Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perangkaan Malaysia.
 2 April 2015, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

 158  Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara  159
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174