Page 29 - KSN BM Final
P. 29

dan memanfaatkan hasil perbincangan bagi memastikan hasil yang lebih   BERALIH ARAH DEMI
 baik ke atas dasar, program dan projek ICT sektor awam di negara ini.
                        KEMUAFAKATAN BERSAMA
 As ICT professionals and leaders in your respective organisations, I urge
 you to open up and share your honest thoughts, ideas, challenges and
 desires,  towards  achieving  the  transformation  and  infusion  of  ICT  via
 public-private partnership. I welcome you to capitalise on this platform to
 explore the opportunities for improvement of service delivery, via digital
 empowerment of individuals and organisations.  esungguhnya saya amat gembira kerana dapat menyertai semula
                   Program Pertukaran Lawatan Kerja Pegawai Perkhidmatan  Awam
               SNegara Brunei Darussalam dan Malaysia Kali Ke-14 Tahun 2012
               di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam, kerana saya juga
               pernah berkunjung ke sini pada tahun 2010 sebagai seorang daripada
               ahli rombongan. Saya juga amat terharu pada kali ini kerana buat
               pertama kali mengetuai program ini sejak pelantikan saya sebagai Ketua
               Setiausaha Negara Malaysia pada 24 Jun 2012.

               Seperti yang kita maklum, program ini yang dimulakan pada tahun 1999
               kini telah berada di edisi yang ke-14, dan merupakan platform kepada
               pegawai kanan bertaraf Ketua Setiausaha, Setiausaha Tetap Kementerian,
               dan Ketua Perkhidmatan/Jabatan untuk menjalin serta merapatkan
               hubungan dan kerjasama antara Perkhidmatan Awam kedua-dua negara.
               Program ini juga merupakan wadah bagi memantapkan hubungan
               persefahaman, pertukaran pendapat dan perkongsian pengalaman antara
               penjawat awam dalam memimpin perkhidmatan awam negara masing-
               masing.

               Umum mengetahui berdasarkan rekod, perkhidmatan awam merupakan
               tunjang pentadbiran dan perancangan pembangunan kedua-dua negara.
               Oleh yang demikian, sebagai penjawat awam, kita perlu memastikan
               perkhidmatan awam sentiasa relevan dan responsif terhadap keperluan
               rakyat dan memimpin pembaharuan negara. Dengan adanya pertukaran
               dan perkongsian pengalaman, perkhidmatan awam lebih bersedia untuk
               memikirkan hala tuju perkhidmatan awam pada masa hadapan (public
               service for the future), melihat kepada peluang dan senario global yang
               semakin mencabar.

               Perkhidmatan Awam Malaysia kini berada dalam fasa transformasi sejajar
               dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti
               hidup rakyat melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan
               Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Pada masa yang sama, kerajaan
               Malaysia mengamalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan
               memperkenalkan beberapa inisiatif seperti Pusat  Transformasi Bandar

 Majlis Perasmian Persidangan CIO 2012, Hari Terbuka Transformasi Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam.
 27 September 2012, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

 18  Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara  19
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34