Page 34 - KSN BM Final
P. 34

meletakkan diri kita dalam kedudukan mereka yang menerima atau                                     Kecekapan dan keberkesanan sistem
            menggunakan perkhidmatan kita. Dalam erti kata lain, kita sebagai
            penjawat awam juga merupakan rakyat yang menerima perkhidmatan.                                    penyampaian perkhidmatan awam
            Sekiranya  penjawat  awam  tidak  menyampaikan  perkhidmatan  dengan                               merupakan satu aspek yang penting dalam
            baik, satu hari nanti, kita sebagai rakyat juga akan merasa apa yang rakyat                        menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang
            lain lalui. Ini mungkin juga akan terjadi kepada keluarga kita. Jumlah
            penjawat awam adalah lebih kurang 1.6 juta orang. Jika kita mengambil                              seterusnya mempertingkatkan kedudukan
            kira suami, isteri dan anak-anak serta saudara terdekat, angka ini boleh                           daya saing negara.
            mencecah 9 juta orang atau lebih kurang 30 peratus rakyat negara ini.

            Saya berpegang teguh kepada konsep ini dan oleh yang demikian, untuk
            lawatan saya ke Johor kali ini, saya telah melawat beberapa Jabatan/
            Agensi  Persekutuan  di  Bangunan  Sultan  Iskandar  dan  juga  JB  Sentral,               Saya sentiasa mengingatkan ketua-ketua agensi dan jabatan untuk turun
            dan dapat mengenali dengan lebih dekat penjawat awam yang sedang                           padang dengan lebih kerap agar dapat memahami keadaaan sebenar
            berkhidmat di agensi-agensi dan jabatan-jabatan tersebut. Dengan ini,                      persekitaran kerja penjawat awam dan perasaan mereka, yang memberi
            saya dapat juga memahami dengan lebih jelas keadaan persekitaran kerja                     kesan secara langsung terhadap mutu penyampaian perkhidmatan awam.
            penjawat awam kita dan tanggapan rakyat terhadap perkhidmatan yang                         Hanya  apabila  kebajikan  penjawat  awam  terjaga  maka  mereka akan
            diberi di agensi-agensi dan jabatan-jabatan ini.                                           berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi kerja.

            Ia merupakan harapan besar saya agar konsep ini memberi kesedaran                          Amalan  turun  padang  ini  membawa  beberapa  faedah,  termasuk
            kepada penjawat awam untuk terus meningkatkan mutu penyampaian                             mengeratkan silaturahim pengurusan atasan dengan pegawai dan
            perkhidmatan kepada rakyat kerana akhirnya, kita penjawat awam yang                        anggota penjawat awam dalam jabatan masing-masing serta memahami
            juga merupakan rakyat, akan mendapat faedahnya.                                            kekangan atau masalah yang dihadapi oleh pegawai untuk memudahkan
                                                                                                       mereka melaksanakan tugas.
            Seorang penulis terkenal John Gardner, pernah berkata, “You have within
            you more resources of energy than have ever been tapped, more talent                       Perkara ini adalah sangat penting kerana apabila kita tidak dibebani
            than has ever been exploited, more strength than has ever been tested,                     dengan masalah yang sebenarnya ada jalan penyelesaiannya, maka
            more  to  give  than  you  have  ever  given.”  Kata-kata  beliau  amat  benar             kita mampu berfikir dengan lebih jelas dan kualiti kerja kita juga akan
            jika diaplikasikan kepada diri kita sebagai penjawat awam. Kita mampu                      cemerlang.
            memberi perkhidmatan yang terunggul. Persoalannya ialah: Adakah ini
            yang mahu kita berikan?                                                                    Kerajaan telah melaksanakan  secara inovatif beberapa inisiatif  yang
                                                                                                       selaras dengan Strategi Lautan  Biru Kebangsaan, yang menekankan
            Salah  satu  faktor  yang  sangat  penting  agar  kita  dapat  menyampaikan                prinsip kos rendah, berimpak tinggi dan pelaksanaan pantas, termasuk
            perkhidmatan awam yang cekap adalah kebajikan penjawat awam.                               Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Pusat Transformasi Bandar (UTC)
            Perkara ini berkait rapat dengan amalan turun padang.                                      serta 1Malaysia Privilege Card.

            Amalan turun  padang tidak  hanya  terhad kepada lawatan  ke pejabat-                      UTC bertindak sebagai pusat sehenti yang menempatkan pelbagai agensi
            pejabat, tetapi juga merangkumi sesi dialog, perbincangan dan forum                        awam dan swasta dalam bangunan sedia ada yang telah diubahsuai. Ia
            bersama pihak-pihak lain yang bertujuan untuk mencari penyelesaian                         menawarkan perkhidmatan 7 hari seminggu, dengan waktu perkhidmatan
            secara  bijaksana  dalam  menyelesaikan  sesuatu  masalah  atau  isu  yang                 dilanjutkan melebihi waktu bekerja biasa. UTC juga berperanan sebagai
            timbul, termasuk dalam hubungan majikan dengan pekerja.                                    pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan.







            24    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                            25
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39