Page 38 - KSN BM Final
P. 38

Oleh itu, sebagai penjawat awam, kita perlu memastikan pelaksanaan                              EKSPEKTASI NEGARA, MENERAJU
            dasar-dasar yang telah ditetapkan. Ini adalah penting untuk memastikan
            insentif-insentif yang disediakan dapat disalurkan dengan segera kepada                          HALANGAN : PENJAWAT AWAM
            kumpulan sasar. Kita semua sebagai penjawat awam adalah sama-sama
            bertanggungjawab ke atas kejayaan Bajet 2013.                                                      SEBAGAI NAHKODA NEGARA

            Sebagai penjawat awam, kita harus memahami aspirasi dan harapan
            Kerajaan. Kadang-kadang, sesetengah perkara tidak dapat dilaksanakan
            disebabkan cabaran tertentu atau keutamaan kepada perkara lain.
            Namun begitu, kita tidak boleh mengambil keputusan untuk berputus asa.                          ema Majlis pada malam ini “Meniti  Awan, Menggapai Bintang”
            Sebaliknya, kita harus bersatu dan bertekad untuk sama-sama berusaha                            amat menarik minat saya. Ia memberi gambaran bahawa saudara-
            meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam yang menyumbang                                 Tsaudari telah pun bersedia untuk memberikan yang terbaik
            kepada pertumbuhan ekonomi negara di mana penjawat awam juga akan                          bagi memenuhi ekspektasi rakyat yang semakin meningkat. Suka saya
            mendapat manfaatnya.                                                                       mengingatkan bahawa di sebalik perasaan bangga dan lega kerana
                                                                                                       mampu menghabiskan kursus selama enam bulan ini, persoalan yang
            Saya berharap akan mendapat lebih banyak peluang seperti ini untuk                         akan dipertanggungjawabkan di bahu saudara-saudari adalah sungguh
            turun  padang  berjumpa  dengan  para  penjawat  awam  di  negeri  Johor                   berat: Sejauh manakah saudara-saudari mampu untuk mengadaptasi
            dalam usaha untuk memastikan konsep “Merakyatkan Perkhidmatan                              serta mempraktikkan segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi
            Awam” dapat dihayati sepenuhnya oleh sektor perkhidmatan awam di                           dengan sebaik-baiknya? How do you put the lessons learnt thus far into
            Johor. Akhir kata, saya percaya penjawat awam Johor akan berusaha untuk                    practice and reality when you re-enter your working environment once
            memastikan dan meningkatkan sistem penyampaian awam di Johor demi                          again?
            menyokong agenda transformasi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
                                                                                                       Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak saudara-saudari untuk bersama-
            Teruskan kecemerlangan bekerja anda dan pastikan usaha dan komitmen                        sama menjadi change agents dan thinking partners. Demi seruan untuk
            ini terus berkekalan dalam perkhidmatan kita semua terhadap negara                         “Merakyatkan Perkhidmatan  Awam”, saya menjemput para pegawai
            Malaysia yang kita sayangi ini.                                                            yang berada di hadapan saya ini untuk menjadi pemikir, perancang dan
                                                                                                       pelaksana dalam urusan perkhidmatan awam yang semakin mencabar.
                                                                                                       Ini kerana rakyat Malaysia pada masa kini jauh berbeza daripada
                                                                                                       rakyat Malaysia pada masa yang lalu. Kini, rakyat Malaysia merupakan
                                                                                                       masyarakat yang pantas dan cekap dalam proses menganalisa masalah
                                                                                                       dan isu. Rakyat Malaysia kini lebih kritikal dan kritis. Oleh yang demikian,
                                                                                                       Kerajaan perlu sentiasa  terbuka kepada maklumbalas daripada  rakyat,
                                                                                                       sama ada yang berbentuk positif atau negatif. Kita perlu sentiasa ingin
                                                                                                       berubah dan memperbaiki perkhidmatan kita.

                                                                                                       Perkhidmatan  Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dulunya dikenali
                                                                                                       sebagai  Malayan  Civil  Service  atau MCS telah diberikan kepercayaan
                                                                                                       untuk menjawat jawatan utama dan strategik dalam pentadbiran
                                                                                                       negara.Kepercayaan ini adalah  berdasarkan kepada  kewibawaan dan
                                                                                                       tradisi kecemerlangan pegawai PTD yang berwibawa seperti  YABhg.
                                                                                                       Tun Kadir Shamsuddin, YABhg.  Tun Raja Mohar, YABhg.  Tun  Ahmad



            Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam Negeri Johor Darul Ta’zim.
            20 November 2012, Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Selatan, Johor.

            28    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                            29
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43