Page 8 - KSN BM Final
P. 8

KATA-KATA ALUAN


                                                                                                            YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK
                                                                                                                        PERDANA MENTERI MALAYSIA






                                                                                                           aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
                                                                                                           kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara atas
                                                                                                       Spenerbitan buku buat julung kalinya yang bertajuk  ‘Merakyatkan
                                                                                                       Perkhidmatan Awam: Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara’.

                                                                                                       Penerbitan ini mengandungi tiga puluh ucapan yang telah disampaikan
                                                                                                       oleh beliau kepada penjawat awam dan sektor swasta antara tahun 2012
                                                                                                       dan 2015. Ucapan Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang merangkumi pelbagai topik
                                                                                                       berkaitan perkhidmatan awam bertujuan bagi meningkatkan kesedaran
                                                                                                       orang ramai berkaitan dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan untuk
                                                                                                       memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dan
                                                                                                       inisiatif yang diperkenalkan untuk merealisasikan visi Malaysia mencapai
                                                                                                       status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

                                                                                                       Saya berharap  buku ini akan  menjadi panduan  dan rujukan kepada
                                                                                                       semua penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
                                                                                                       kepada rakyat, dan juga menjadi teladan kepada penjawat awam agar
                                                                                                       lebih megetahui tentang dasar-dasar  kerajaan  yang telah dilaksanakan
                                                                                                       untuk memantapkan lagi keberhasilan sistem penyampaian Kerajaan.

                                                                                                       Salam Hormat,








                                                                                                       YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak
                                                                                                       Perdana Menteri Malaysia












            iv    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                             v
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13