Page 9 - KSN BM Final
P. 9

KATA-KATA ALUAN


                    YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK
                                PERDANA MENTERI MALAYSIA






                   aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
                   kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara atas
               Spenerbitan buku buat julung kalinya yang bertajuk  ‘Merakyatkan
               Perkhidmatan Awam: Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara’.

               Penerbitan ini mengandungi tiga puluh ucapan yang telah disampaikan
               oleh beliau kepada penjawat awam dan sektor swasta antara tahun 2012
               dan 2015. Ucapan Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang merangkumi pelbagai topik
               berkaitan perkhidmatan awam bertujuan bagi meningkatkan kesedaran
               orang ramai berkaitan dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan untuk
               memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dan
               inisiatif yang diperkenalkan untuk merealisasikan visi Malaysia mencapai
               status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

               Saya berharap  buku ini akan  menjadi panduan  dan rujukan kepada
               semua penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
               kepada rakyat, dan juga menjadi teladan kepada penjawat awam agar
               lebih megetahui tentang dasar-dasar  kerajaan  yang telah dilaksanakan
               untuk memantapkan lagi keberhasilan sistem penyampaian Kerajaan.

               Salam Hormat,








               YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak
               Perdana Menteri Malaysia












 iv  Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara  v
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14