Page 96 - KSN BM Final
P. 96

PENJAWAT AWAM :                                                            not mean we have accomplished our mission. More needs to be done.
                                                                                                       Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan bagi melonjakkan Malaysia di
                TUNJANG KEPADA PELAKSANAAN                                                             dalam liga negara-negara maju. Penarafan dunia pada tahun lalu, seperti
                                                                                                       Indeks Inovasi Dunia di mana kita berada di kedudukan ke-32, Laporan
                               DASAR NEGARA                                                            Daya Saing Dunia oleh Forum Ekonomi Dunia di mana kita berada di
                                                                                                       tempat ke-25, dan Laporan  Tahunan Daya Saing Dunia oleh Institut
                                                                                                       Pembangunan Pengurusan yang meletakkan kita di tangga ke-15, adalah
                                                                                                       antara pengukuran daya saing antarabangsa yang mesti kita tingkatkan
                                                                                                       pencapaiannya.
                 ahun 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya. Yang Amat Berhormat
                 Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,                       Menjadi  tanggungjawab  saya  mengingatkan  para  penjawat  awam
            Tdalam perhimpunan bulanan pertama dengan warga Jabatan                                    mengenai perlunya kita meneruskan usaha melaksanakan segala
            Perdana Menteri pada 6 Januari yang lepas, telah memaklumkan mengenai                      program-program transformasi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.
            keadaan ekonomi dunia pada masa ini yang memberikan kelebihan                              Perjalanan kita menuju  Wawasan 2020, bagi membantu negara
            kepada negara-negara yang melakukan transformasi. Transformasi yang                        mencapai  status negara maju yang berpendapatan tinggi, masih panjang
            dimaksudkan adalah bersifat  struktural, iaitu dasar negara  dan sistem                    dan penuh berliku. Justeru,  para penjawat awam perlu melipat gandakan
            penyampaian perkhidmatan awam yang berupaya meningkatkan daya                              usaha memastikan kesinambungan inisiatif transformasi yang telah
            saing negara. Hanya dengan cara inilah, negara kita akan berupaya                          diperkenalkan sehingga ia membawa kepada kejayaan yang disasarkan.
            mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan.   Negara kita,
            di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah pun                           Sebagai tunjang kepada pelaksanaan dasar negara, penjawat awam
            menggariskan  structural  reform tersebut di dalam Dasar Transformasi                      perlulah menumpukan segala usaha dan tenaga ke arah memenuhi
            Negara. Kita sebagai penjawat awam berperanan mendukung dan                                keperluan pemegang amanah kita. Dalam erti kata lain, kita perlu
            melaksanakan Dasar  Transformasi Negara supaya Malaysia menjadi                            menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Raja, negara
            sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.                              dan kerajaan seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
                                                                                                       Ini adalah penting demi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar
            Saudara dan saudari sekalian barangkali bertanya apakah hubung kait                        dan kejayaan program serta inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan.
            transformasi yang dicanangkan dengan penjawat awam. Sebenarnya,                            Sekiranya prinsip asas ini tidak dipatuhi dan dihayati, maka ia akan
            apabila transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing                       menjejaskan keyakinan rakyat kepada perkhidmatan awam negara
            negara, menjanakan kadar pertumbuhan ekonomi yang positif, kerajaan                        serta mendatangkan implikasi yang lebih meluas dari segi pelaburan
            akan dapat mempertimbangkan insentif dan kemudahan-kemudahan                               asing yang mungkin terjejas akibat dasar yang tidak konsisten atau
            lain untuk kebajikan penjawat awam.                                                        dilaksanakan sepenuhnya.

            Usaha transformasi kerajaan telah menampakkan kejayaan apabila di                          Dalam kesungguhan kita mengejar prestasi yang tinggi bagi
            pentas global, kita telah berjaya mendaki ke kedudukan ke-6 daripada                       penarafan  antarabangsa,  kita  seharusnya  juga  memberikan  perhatian
            189 buah negara ekonomi dunia di dalam Laporan Menjalankan                                 memperkasakan sistem tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam.
            Perniagaan 2014 oleh Bank Dunia. Ini merupakan sebuah pencapaian                           Dalam hubungan ini, integriti merupakan asas kepada tadbir urus
            yang begitu baik, pencapaian yang harus kita banggakan kerana setelah                      kerajaan yang baik. Pencapaian kita di dalam Indeks Persepsi Rasuah
            sekian lama kita berusaha memecah tembok kedudukan 10 teratas di                           Dunia menunjukkan peningkatan daripada skor 4.9 pada tahun 2012
            dalam penarafan tersebut. Alhamdulillah, impian ini tercapai jua.                          kepada 5.0 pada tahun 2013. Berdasarkan kepada perkembangan
                                                                                                       positif tersebut, kita hendaklah memperhebatkan lagi usaha-usaha
            Meskipun kita berbangga  dengan pencapaian ini, tidaklah  bermakna                         memerangi rasuah supaya dapat menghapuskan persepsi negatif yang
            kita sudah boleh melepaskan sauh untuk berlabuh. This success does                         boleh mencalarkan imej negara dan perkhidmatan awam. Membanteras





        86    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                                    87
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101