Page 92 - KSN BM Final
P. 92

Kesinambungan daripada prinsip-prinsip ini, langkah seterusnya ialah                                KOMITMEN UNTUK PIHAK
            dengan melaksanakan program Jejak Mesra Perkhidmatan  Awam atau
            Search  and  Assist. Kita perlu proaktif dalam mendekati rakyat dan                                       BERKEPENTINGAN :
            membawa perkhidmatan kepada mereka agar boleh mendapat maklum
            balas daripada rakyat secara langsung. Pendekatan ini juga perlu                                    NILAI KERJA DAN DISIPLIN
            menggunakan kreativiti penjawat awam dalam menerangkan dasar serta
            program kerajaan supaya rakyat mendapat fakta yang benar dan tepat.                                PENGUKUR KEBERKESANAN
                                                                                                                   PERKHIDMATAN AWAM
            Yang  Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Jun 2013 telah
            mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal bagi memastikan
            kemampanan  fiskal  dan  kestabilan  ekonomi  makro  jangka  panjang
            dengan fokus utama mengurus hutang negara dengan baik. Jawatankuasa
            ini juga berperanan untuk  mengurangkan  defisit  bajet  agar  mencapai
            kadar 3% pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.                           nstitusi audit di Malaysia telah melakar sejarah lebih daripada 100
                                                                                                         tahun di mana pada hari ini, peranan audit merupakan satu tunggak
            Sehubungan itu, saya melihat potensi besar inovasi sebagai satu kaedah                    Iyang  penting  dalam  memastikan  akauntabiliti  dan  integriti  sistem
            untuk  membantu  mengurangkan  defisit  fiskal  negara  kerana  inovasi                    penyampaian serta tadbir urus perkhidmatan awam menepati piawaian
            juga berteraskan kepada pengurangan kos, peningkatan nilai tambah                          antarabangsa. Pelantikan Ketua Audit Negara oleh Yang Di-Pertuan Agong
            dan  kecekapan.  Memetik  kata-kata Thomas  Edison,  pencipta  tersohor:                   yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan mencerminkan
            “There’s a way to do it better; find it”.                                                  penekanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap proses pengauditan
                                                                                                       sistem  penyampaian  perkhidmatan  awam.  Hanya  melalui  pengauditan
            Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak                        yang bebas, analisis yang objektif serta penilaian yang komprehensif
            yang terlibat dalam penganjuran Hari Inovasi JPM 2013. Ucapan                              terhadap pelaksanaan program, aktiviti dan projek kerajaan, organisasi
            setinggi-tinggi tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pegawai dan                       sektor awam akan berupaya meningkatkan tahap akauntabiliti  dan
            jabatan dan agensi di JPM yang telah berjaya dipilih sebagai penerima                      integriti, menambah baik operasi serta memberi keyakinan kepada rakyat
            pelbagai anugerah kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 yang                          dan stakeholders  mengenai penggunaan dan pengurusan dana awam
            akan disampaikan pada malam ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi                          secara berhemat.
            pencetus semangat untuk membina iltizam mencapai kejayaan yang lebih
            gemilang.  Semoga Jabatan Perdana Menteri terus mencipta keunggulan                        Sebagaimana kita sedia maklum, pengauditan adalah suatu kaedah
            selari dengan Agenda Transformasi Negara.                                                  untuk menilai semula sistem dan proses yang sedia ada, agar apa jua
                                                                                                       kelemahan yang timbul dapat diperbaiki dan diatasi. Pengauditan
                                                                                                       merupakan satu proses  check  and  balance yang amat penting dalam
                                                                                                       menentukan  urusan  kewangan  organisasi  dilaksanakan  secara  efisien
                                                                                                       dan efektif. Ini adalah penting bagi mengekang aktiviti-aktiviti tidak sihat
                                                                                                       seperti penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta penyelewengan dana
                                                                                                       awam, yang sekiranya tidak dibendung, pastinya mempunyai implikasi
                                                                                                       negatif terhadap imej serta proses pembangunan negara.

                                                                                                       Kita harus sedar bahawa dasar-dasar awam yang diperkenalkan oleh
                                                                                                       kerajaan pada hakikatnya mempunyai niat yang murni, iaitu untuk manfaat
                                                                                                       serta kesejahteraan rakyat dan negara. Namun jika program dan projek
                                                                                                       bagi menterjemahkan dasar-dasar tersebut tidak dirancang dengan teliti,

            Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2013.
            1 Oktober 2013, Putrajaya.

        82    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                                83
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97