Page 162 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 162

TEKNIK POMODORO








         Apakah itu Teknik Pomodoro?
           Ia adalah  kaedah pengurusan masa
           yang dibangunkan oleh Francesco Cirillo pada akhir
           1980-an. Teknik ini menggunakan pemasa untuk
           memecah  kerja kepada  sela masa, secara tradisinya  25 minit
           panjang, dipisahkan oleh rehat pendek.


                                                      Begini cara Teknik “Pomodoro Timer” :
                                      Senaraikan tugasan yang hendak kita buat hari ini.
                                                            Set masa pomodoro, 25-30 minit.
                                        Laksanakan tugasan dalam tempoh masa tersebut
                                                                         tanpa lakukan aktiviti lain.
                                        Selesai 30 minit pertama, rehat selama 5 minit.
                                  Jangan buat tugasan, ambil nafas dan rehat seketika.
                   Kembali sambung tugasan dengan masa pomodoro selama 4 set,
                                       dan setelah selesai 4 set, rehat selama 30 minit.

           Benarkah Teknik ini berkesan?
           Anda perlu konsisten dalam mengamalkannya.
           Anggap ia sebagai satu kaedah untuk mendidik
           dan medisiplinkan diri sendiri.

                                          Di mana saya boleh dapatkan Pomodoro Timer?
                                               Boleh dapatkan aplikasi Pomodoro Timer  dari
                                                          Aplikasi telefon pintar anda atau beli
                                                                alatan ini di kedai seperti Daiso.

          Baiklah, jom kita mulakan kaedah
          Pengurusan Masa dengan menggunakan
          TEKNIK POMODORO!

















                                                                                                  Cikgu Ezlin
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167