Page 164 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 164
PERSONALITI DIRI ASERTIF
Dalam istilah kaunseling kelakuan asertif ialah keupayaan kita
melahirkan perasaan dan tindakan kita secara jujur, berterus terang
dan ikhlas tanpa mencabuli batas-batas hak orang lain. Dengan erti
kata , kita menghormati diri kita dan dalam masa yang sama kita
menghormati diri orang lain. Kita bertindak dalam sempadan hak
kepunyaan kita, kita mengawal diri kita dan tidak membenarkan
orang lain mengawal diri kita. Kita tidak campur tangan dalam
sempadan hak orang lain. Ini bermakna, berkelakuan asertif adalah
kita yang mengawal hidup diri kita sendiri serta tidak pula mengawal
hak mutlak orang lain. Mari cikgu kongsikan 4 kriteria individu yang
asertif.
#1. BEBAS Kita bebas menyatakan diri kita,
melalui perkataan atau tindakan
MENYUARAKAN iaitu seperti "saya rasa, saya fikir
PENDAPAT atau saya berpendapat."
Kita boleh berhubung dengan siapa
#2. MUDAH saja pada setiap peringkat, sama
MENYESUAIKAN ada kawan, keluarga, orang asing,
orang berpangkat dan sebagainya.
DIRI Perhubungan itu sentiasa terbuka,
jelas, jujur
dan berpatutan.
Kita mempunyai haluan yang aktif
#3. BERSIKAP terhadap hidup kita. Kita tidak
AKTIF DAN SUKA menunggu sesuatu berlaku, berubah
atau Mengharapkan orang lain
BERUSAHA
bertindak untuk kita, sebaliknya kita
mencuba, berusaha dan bertindak
keatas apa yang kita mahu.
#4. BERTINDAK Kita bertindak mengikut keupayaan
kita, Kita sedar yang kita tidak
ATAS semestinya sentiasa berjaya serta
KEUPAYAAN mendapat apa yang kita mahu. Kita
terima had keupayaan kita. Kita
SENDIRI sentiasa berusaha melakukan yang
lebih baik. Samada berjaya atau
tidak, kita tetap mempunyai harga
dan penghormatan diri.
Cikgu Ezlin
#staysafe #stayhome #kekaltenang #ubksmkmk

