Page 91 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 91
❖ Dalam kehidupan sebenar, kebanyakan kita menjalani hidup
dengan mengikut undang-undang, sama ada memang kita patuh
atau kerana kita takut dikenakan hukuman.
❖ Barangkali ada dalam kalangan pengguna Internet lupa di sebalik
skrin komputer wujud manusia lain.
❖ Oleh itu, perlakuan atau kod etnik bernilai rendah perlu dijauhi,
walaupun ada sesetengah daripada kita berfikir tidak mengapa,
malah ada yang beranggapan boleh diterima.
❖ Salah faham kod etnik ini barangkali boleh difahami, tetapi pihak
yang terbabit sebenarnya salah. Piawai perlakuan mungkin
berlainan dalam sesetengah kawasan di dunia siber.
❖ Namun tidak boleh dikatakan lebih rendah berbanding dengan
kehidupan sebenar. Berhemahlah dalam dunia siber.
❖ Tetapi jika anda mengalami dilema etnik atau perlakuan dalam
Internet, sila ikuti kod amalan seperti anda lakukan dalam
kehidupan sebenar. Anda akan dapati ia amat berguna.
Cikgu Ai

