Page 93 - Kit Info Grafik Sekolah Menengah Negeri Johor KIK-J
P. 93

❖  Apabila  anda  poskan  pandangan  kepada  kumpulan  perbincangan,

                    anda sebenarnya sedang mengambil masa orang lain.
               ❖  Satu adab yang elok sekiranya anda bertanggungjawab ke atas masa

                    yang diluangkan oleh pihak lain tidak dibazirkan begitu saja.
               ❖  Jangan menganggap semua orang akan memberi tindak balas kepada

                    kenyataan anda dan semua peserta bersetuju dengan pendapat anda.
                    Setiap orang dalam Internet mempunyai minat tersendiri.

               ❖  Jangan habiskan masa orang lain dengan perkara yang remeh  dan
                    membosankan.

               ❖  Maksud  adab  Internet adalah  untuk mengelakkan perlakuan kurang
                    sopan ketika berkomunikasi  di  alam  siber. Memang  benar,  Internet

                    boleh  digunakan  bagi  menyatakan  perasaan  anda  secara  bebas,
                    menjelajah dunia baru yang penuh keganjilan dan secara berani pergi

                    ke mana saja tempat yang tidak pernah kita jelajahi.
               ❖  Bagaimanapun, perlu diingat adab utama Internet, iaitu di sana wujud

                    manusia  sebenar.  Memang  mudah  berkata  sesuatu  yang  bersifat
                    kurang sopan menggunakan ayat di skrin komputer.
               ❖  Namun adakah anda akan berkelakuan demikian jika bersemuka?

                    Tetapi tidak dinafikan kata-kata kesat dan bersifat kurang sopan kerap

                    terjadi semasa berkomunikasi menggunakan Internet. Kalau boleh

                    cuba elakkan
                                                                                                  Cikgu Ai
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98