Page 14 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 14
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PPGB) 2015 malaysia
pandUan pelaksanaan ppGB 2015
Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan
Modul Program Pembangunan Guru Baharu yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA
Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.
Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan antaranya dengan pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin
Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi
kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi
Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme.
Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan
dokumen berikut:
• Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012:
Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga
Lepas Menengah).
• Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM
Edisi 2014.
Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan
tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan
Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain
di sekolah bertujuan:
• sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan
• untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program
di sekolah-sekolah seluruh negara.
13

