Page 63 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 63
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PPGB) 2015
Vi. sijil penyertaan dan sijil penghargaan program pembangunan Guru Baharu
(ppGB)
Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah
menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga
bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.
Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku
dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB.
tatacara
1. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru
Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB.
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru
Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3. Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
62

